Artikel Terkini

Kakitangan CIMB positif COVID-19 | Astro Awani



KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Berhad mengesahkan seorang kakitangannya yang bertugas di Pusat Khidmat Panggilan di Menara Southern Bank (MSB) disahkan positif COVID-19.

Kumpulan bank berkenaan dalam satu kenyataan berkata, kakitangan itu kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Serentak itu, pengesanan kontak sedang dijalankan termasuk mengarahkan kuarantin di rumah bagi individu yang mempunyai kontak terus dengan pesakit sehingga disahkan bebas COVID-19.

Bank berkenaan turut menutup pusat berkenaan bagi tujuan menyahkuman dan pembersihan.

“Meskipun pusat panggilan lain masih beroperasi, namun penutupan sementara pusat panggilan di MSB akan menjejaskan jumlah panggilan yang mampu diterima untuk pagi Isnin,” kata bank itu.

BACA: Angka jangkitan di AS boleh capai 100,000, penjarakan sosial dilanjut hingga 30 April





Source link

Related Posts