Uncategorized

Kalau ke Singapura, jangan lupa kunjungi taman mitos Jewel ini!

Kalau ke Singapura, jangan lupa kunjungi taman mitos Jewel ini! 1


SINGAPURA: Mengangkat inspirasi daripada kitab dan kesusasteraan lama, arkitek tersohor Moshe Safdie pada Jumaat berkata tarikan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jewel, dibina berdasarkan ilham ‘taman mitos’.

“Singapura sudah ada banyak taman. Bagaimana kita hendak hasilkan sesuatu yang unik dan istimewa? Saya memikirkan tentang taman yang mengambil ilham daripada kitab dan kesusasteraan lama.

“Setiap budaya mempunyai konsep taman syurga. Malah, dalam filem Avatar, kita dibawa ke suatu tempat yang tidak pernah kita lihat sebelum ini,” ujarnya dalam temuramah bersama Channel NewsAsia.

Safdie yang juga mereka bentuk Marina Bay Sands, berkata dia terfikir tentang idea mencipta ‘kehebatan alam semula jadi’ di tengah-tengah lapangan terbang, dengan kawasan beli-belah yang padat dan sibuk pada satu sisi.

“Kita mahukan kawasan bazar, pusat beli-belah dan taman dalam satu kawasan namun terasing. Masing-masing dengan persekitaran dan ruangnya yang tersendiri,” ujarnya.

Kalau ke Singapura, jangan lupa singgah ke ‘taman mitos’ bernama Jewel Changi SINGAPURA: Mengangkat inspirasi daripada kitab dan kesusasteraan lama, arkitek tersohor Moshe Safdie pada Jumaat berkata tarikan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jewel, dibina berdasarkan ilham ‘taman mitos’. “Singapura sudah ada banyak taman. Bagaimana kita hendak hasilkan sesuatu yang unik dan istimewa? Saya memikirkan tentang taman yang mengambil ilham daripada kitab dan kesusasteraan lama. “Setiap budaya mempunyai konsep taman syurga. Malah, dalam filem Avatar, kita dibawa ke suatu tempat yang tidak pernah kita lihat sebelum ini,” ujarnya dalam temuramah bersama Channel NewsAsia. Safdie yang juga mereka bentuk Marina Bay Sands, berkata dia terfikir tentang idea mencipta ‘kehebatan alam semula jadi’ di tengah-tengah lapangan terbang, dengan kawasan beli-belah yang padat dan sibuk pada satu sisi. "Kita mahukan kawasan bazar, pusat beli-belah dan taman dalam satu kawasan namun terasing. Masing-masing dengan persekitaran dan ‘haknya’ yang tersendiri,” ujarnya. Vorteks hujan Tambah Safdie, dia sering terpesona dengan kemampuan bangunan untuk menghimpun air hujan dan menggarapnya ke dalam bangunan supaya air hujan itu boleh digunakan. Itulah inspirasi di sebalik penghasilan keluk kubah terbalik yang besar di tengah-tengah Jewel. Ia menaungi keseluruhan kawasan, dan ia berfungsi memusatkan air untuk jatuh di pusat kompleks itu. “Tapui kami terfikir,bagaimana kalau kita biarkan saja ia tergantung begitu, tanpa disokong sebarang tiang. Ia akan menjadi air terjun yang hebat,” ujar Sahdie. Air terjun setinggi 40meter yang dinamakan HSBC Rain Vortex itu juga merupakan air terjun dalam bangunan yang tertinggi di dunia. Airnya mengalir jatuh dari bucu bumbung kubah dengan isipadu 10,000 gelen seminit. Semasa pertunjukan cahaya dan bunyi pada sebelah malam, isipadu air itu dikurangkan kepada 1,500 hingga 2,000 gelen seminit. Menelan belanja sehingga S$1.3 bilion (RM3.95 bilion), Jewel Changi bakal menjadi tarikan terkini bagi warga tempatan dan pelancong antarabangsa untuk menikmati keindahan taman yang digabung dengan idea seni bina moden yang luar biasa. Santuari tertutup berkeluasan 137,000 meter persegi itu menambahkan lagi pengalaman tetamu yang singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Ia adalah pembangunan bersepadu yang menggabungkan taman, tarikan, peruncitan, medan selera hotel dan kemudahan yang menyokong operasi lapangan terbang. Para pencinta alam hijau dan seni bina moden, pasti tidak sabar untuk melihat sendiri hasil kejuruteraan Jewel Changi yang menyerlah di bawah naungan kubah kaca ini!

Vorteks hujan

Tambah Safdie, dia sering terpesona dengan kemampuan bangunan untuk menghimpun air hujan dan menggarapnya ke dalam bangunan supaya air hujan itu boleh digunakan.

Itulah inspirasi di sebalik penghasilan keluk kubah terbalik yang besar di tengah-tengah Jewel. Ia menaungi keseluruhan kawasan, dan ia berfungsi memusatkan air untuk jatuh di pusat kompleks itu.

“Tapi kami terfikir, bagaimana kalau kita biarkan saja ia tergantung begitu, tanpa disokong sebarang tiang. Ia akan menjadi air terjun yang hebat,” ujar Sahdie.

Air terjun setinggi 40meter yang dinamakan HSBC Rain Vortex itu juga merupakan air terjun dalam bangunan yang tertinggi di dunia. Airnya mengalir jatuh dari bucu bumbung kubah dengan isipadu 10,000 gelen seminit.

Semasa pertunjukan cahaya dan bunyi pada sebelah malam, isipadu air itu dikurangkan kepada 1,500 hingga 2,000 gelen seminit.

Pada sebelah malam, pertunjukan cahaya dan bunyi-bunyian akan menambah nilai kunjungan. - Reuters

Menelan belanja sehingga S$1.3 bilion (RM3.95 bilion), Jewel Changi bakal menjadi tarikan terkini bagi warga tempatan dan pelancong antarabangsa untuk menikmati keindahan taman yang digabung dengan idea seni bina moden yang luar biasa.

Santuari tertutup berkeluasan 137,000 meter persegi itu menambahkan lagi pengalaman tetamu yang singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Ia adalah pembangunan bersepadu yang menggabungkan taman, tarikan, peruncitan, medan selera hotel dan kemudahan yang menyokong operasi lapangan terbang.

Para pencinta alam hijau dan seni bina moden, pasti tidak sabar untuk melihat sendiri hasil kejuruteraan Jewel Changi yang menyerlah di bawah naungan kubah kaca ini!

Jewel menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu tempat, termasuk kawasan taman riadah, peruncitan dan kemudahan yang menyokong operasi lapangan terbang. - Reuters





Source link