Uncategorized

Kampung Baru Terbakar Lagi. Mana Keadilan Buat Penyewa?


“AIDILFITRI paling sedih tapi kami redha,” begitulah luahan Yusof Ali, 49, salah seorang daripada mangsa dalam tragedi kebakaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Syawal yang lepas.

Kebakaran yang mengakibatkan ranapnya 5 buah rumah berserta sebuah kereta, van dan 6 buah motosikal amat mengejutkan dikala masyarakat Islam yang lain sedang bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri.

Kampung Baru Terbakar Lagi. Mana Keadilan Buat Penyewa?

Credit: The Malaysian Reserve

Ajaibnya, saban tahun kerap sekali kita mendengar berita Kg. Baru terbakar tapi tiada satu jalan penyelesaian yang konkrit dari pihak kerajaan dalam menangani isu ini.

Mungkin ada sentimen lain disitu. Atau mungkin hanya kerana keadaan Kg. Baru yang terlalu padat menjadi penyebab selalu terjadinya malapetaka.

Segalanya mungkin.

Kampung Baru Terbakar Lagi. Mana Keadilan Buat Penyewa?

Credit:malaysiagazette.com

Apa yang tersurat ialah keadaan Kg. Baru yang penuh dengan rumah setinggan dan terlalu rapat kerap dijadikan punca dan alasan kebakaran.

Akan tetapi yang tersirat, kedudukan strategik kampung Melayu tertua di Kuala Lumpur itu menjadi rebutan banyak pihak bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Realitinya, rumah yang terbakar itu terletak disebuah tanah persendirian yang diwarisi turun temurun oleh pemiliknya.

Dan pemiliknya telah membina sebuah rumah yang memiliki beberapa buah pintu dan disewakan. Dikhabarkan bahawa pemiliknya akan menerima pampasan daripada pihak insurans. Sudah tentu pampasannya bernilai jutaan ringgit berdasarkan nilai hartanah diatas tanah itu.

Kampung Baru Terbakar Lagi. Mana Keadilan Buat Penyewa?

Credit:Utusan

Tapi apakah kesannya kepada penyewa?

Bukan sahaja rumah yang disewa terbakar. Segala harta benda turut musnah. Sehelai sepinggang. Yang pasti duit deposit sewa tidak akan dikembalikan. Kerugian penyewa tidak ditanggung oleh pemilik kerana ini adalah kes bencana alam.

Disini letaknya pemahaman tentang perjanjian sewa. Berapa ramai yang betul-betul faham isi kandungan perjanjian tersebut? Atau sekadar baca sambil lalu dan kemudian turunkan tandatangan tanpa mengetahui hak-hak sebagai penyewa? Dimasa akan datang mungkin saya akan tulis satu artikel tentang perjanjian sewa untuk kefahaman semua.

Persoalannya, bagaimana mereka hendak memulakan hidup baru?

Jangan lupa, menetap ditengah bandaraya Kuala Lumpur tidak sama seperti di kampung. Mereka perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk memasuki rumah sewa yang baru. Membeli perabot dan sebagainya. Untuk menyewa rumah yang telah siap sedia perabot, agak tinggi sewaannya. Jadi pilihan yang ada ialah menyewa rumah kosong.

Berputih mata.

Simpulan bahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan para penyewa ini. Tiada pembelaan dan tiada keadilan diterima. Begitulah lumrah orang menyewa. Apa yang pasti, ini adalah salah satu sisi hitam jika hidup menyewa rumah orang lain.

Ya benar, bukan mudah untuk membeli rumah dengan kekangan kos sara hidup yang tinggi zaman ini. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan memiliki rumah sendiri, hidup menyewa ini banyak yang kurang dari yang lebih.

Ribuan ringgit dibayar setiap tahun, rumah itu tetap bukan atas nama kita. Tetap tidak boleh diwariskan kepada anak cucu. Jadi adakah selamanya akan hidup menyewa tanpa ada usaha untuk memiliki rumah sendiri? Namun jika hidup menyewa adalah pilihan terbaik ketika ini, saya harap dapat difikirkan semula masak-masak.

Seperti mana yang selalu saya tulis. Kerajaan telah pun menyediakan pelbagai jenis skim dan perumahan mampu milik. Terbaru, Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC2019) dengan diskaun dan rebat sehingga 30% untuk kediaman PR1MA.

Pr1ma Hartabumi 00

Credit:Hartabumi.com

Kenapa tidak direbut peluang ini?

Kesimpulannya, kerap kali penyewa tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jadi sudah tiba masa untuk mencari jalan terbaik sehingga mampu memiliki rumah sendiri. Hartabumi adalah medium terbaik untuk mendapatkan info dan ilmu awalan tentang hartanah untuk Bumiputera.





Source link