Artikel Terkini

Kanser payudara: Amalan lihat, rasa dan respon mampu selamatkan nyawa

81519436615 woman - Kanser payudara: Amalan lihat, rasa dan respon mampu selamatkan nyawa



81519436623 woman - Kanser payudara: Amalan lihat, rasa dan respon mampu selamatkan nyawa

KUALA LUMPUR: Rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembedahan membuang keseluruhan payudara jika ia dapat dikesan lebih awal sekaligus menyelamatkan nyawa.

Kanser payudara dapat dikesan diperingkat awal dengan pemeriksaan sendiri yang perlu dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan pendekatan lihat, rasa dan respon.

Menurut Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Onkoplastik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Suniza Jamaris, pemeriksaan dilakukan bagi mencari keganjilan pada rupa bentuk atau ketulan pada payudara.

“Selain itu, keadaan puting yang tertarik ke dalam, ulser atau lelehan pada puting juga merupakan petanda terdapat sel kanser pada payudara dan perlu mendapatkan rawatan segera,” katanya.

BACA: Pakai bra ketat boleh sebabkan kanser payudara ? Ini penjelasan pakar

BACA: Ini bentuk rawatan kanser payudara

Mengulas lanjut, Dr Suniza berkata, rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembuangan payudara jika ia dikesan lebih awal.

“Jika kita kesan lebih awal, kanser payudara itu masih kecil kita boleh membuang ketulan saja, atau dipanggil Lumpectomy, manakala rawatan buang keseluruhan payudara atau tisu yang mempunyai sel barah dipanggil Mastectomy,” katanya lagi.

Beliau ketika ditemubual dalam program AWANI Pagi sempena bulan kesedaran kanser payudara yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.





Source link