Artikel Terkini

Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan

81481294598 tnb - Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan



41481294606 tnb - Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan

KUALA LUMPUR: Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami tekanan hari ini selepas dana negara, Khazanah Nasional Bhd mengurangkan pegangannya dalam syarikat utiliti itu minggu lepas.

Sejak dagangan bersambung pagi ini saham tersebut mencatatkan penurunan, susulan penjualan pada Jumaat lepas, setelah Khazanah menjual 1.3 peratus pegangannya.

Setakat pukul 10.31 pagi, harga saham TNB susut lapan sen kepada RM12.08, dengan 2.92 juta saham bertukar tangan.

Langkah Khazanah mengurangkan pegangan dalam TNB itu bukan kali pertama memandangkan ia juga berbuat sedemikian pada April tahun lepas.

Bagaimanapun, Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham terbesar TNB.

Menurut data ekuiti Bloomberg, sejak enam bulan lepas harga saham syarikat utiliti itu berkurangan RM1.92 seunit, iaitu daripada RM14.00 kepada RM12.08 hari ini dengan kedudukan pemodalan pasaran bernilai RM69.15 bilion.

— BERNAMA





Source link

Related Posts