Uncategorized

Kebangkitan Harimau Asia: Jangan ada rakyat Malaysia yang tertinggal atau rasa tertinggal

Kebangkitan Harimau Asia: Jangan ada rakyat Malaysia yang tertinggal atau rasa tertinggal 1



Kebangkitan Harimau Asia: Jangan ada rakyat Malaysia yang tertinggal atau rasa tertinggal 2

SHAH ALAM: Dalam usaha menjadikan Malaysia bangkit semula sebagai ‘Harimau Asia’, isu jurang ekonomi dalam masyarakat perlu menjadi fokus yang perlu ditangani.

Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma menegaskan, konsep inklusif amat penting dalam menerapkan keseimbangan ekonomi dalam setiap lapisan masyarakat.

“Petumbuhan dan ekonomi yang telah kita kecapi selama ini dan yang saya bayangkan pada masa akan datang adalah – jangan ada yang tertinggal.

“Jangan ada rakyat Malaysia yang tertinggal dan merasa diri mereka yang tertinggal,” tegasnya pada forum bertajuk ‘Membina Institusi Sosioekonomi yang Mapan untuk Mendepani Cabaran Abad ke-21’ seiring Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia yang berlangsung hari ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini hari ini.

Tambah beliau, isu yang besar yang bakal mendepani Malaysia pada masa akan datang adalah ketidaksamarataan.

Ujar Madeline, ia bukan lagi ketidaksamarataan melintang (verticle inequality) yang melibatkan antara kaum, sebaliknya ketidaksamarataan dalam kaum yang sama.

“Dulu kita lebih tidak setara mendatar, tapi sekarang apa yang perlu kita risau adalah tidak setara menegak – iaitu ketidaksetaraan dalam bangsa itu sendiri.

“Antara orang Melayu yang miskin, dengan Melayu yang kaya. Orang Iban yang miskin dengan Iban yang kaya. Kita bukan kata kita sudah selesai masalah yang tidak ssetaraan melintang, tapi sekarang dinamiknya berbeza.

“Apa yang kita bicara sekarang bukan lagi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, atau Melayu dengan Cina. Itu sudah perlu kita ketepikan.

“Sebab yang kita perlu lihat skg dan akan menimbulkan masalah pada masa akan datang adalah tidak sama rata menegak,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap semua pihak terutama Kerajaan meneliti isu jurang dalam setiap kelompok masyarakat sekiranya mahu Malaysia kembali menjadi ‘Harimau Asia’.





Source link

Related Posts