Uncategorized

Kebebasan Kewangan: Ianya Wang Anda

Kebebasan Kewangan: Ianya Wang Anda 1


Apabila kita leka, pastinya takkan ke mana. Itulah yang kami percaya, dan oleh kerana itu juga kita sentiasa berusaha untuk berubah dan menyesuaikan diri. Teknologi disruptif seperti mata wang kripto, boleh membawa konotasi negatif dan menanamkan rasa ketakutan dengan penggunaan kata-kata yang menakutkan seperti disruptif.

Sebaliknya, kita boleh melihat gangguan teknologi ini sebagai faktor perubahan positif, terutamanya apabila kita mempunyai lebih banyak kawalan ke atas wang sendiri.

Sejarah Bank dan Mata Wang

Institusi perbankan tradisional telah wujud sejak berabad lamanya, dan jika difikirkan mengenai perubahan yang telah berlaku selama ini, terutamanya selepas lebih 50 tahun; secara semujadi kita mengharapkan perbankan tradisional melakukan perkara yang sama.

Pertukaran nilai wujud daripada keperluan untuk berdagang barangan atau perkhidmatan. Mata wang awal ini merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang kekal, seperti garam atau haiwan ternakan. Agak mudah untuk difahami bagaimana mata wang ini digunakan untuk perdagangan kerana nilai mereka jelas kepada kedua-dua pihak.

Kembali ke sekitar 2500 tahun yang lalu di China, mata wang perwakilan, seperti wang kertas, telah menggantikan sistem ini. Ini disebabkan mata wang seperti mata wang kertas dan duit syiling boleh dibawa, dibahagi, ditukar ganti, dan menjadi sebahagian daripada sistem yang dipercayai untuk pertukaran nilai.

Pada zaman dahulu, masyarakat mempercayai dan bergantung kepada bank untuk menyimpan mata wang mereka, dan lebih penting, merekod transaksi dengan tepat. Ada yang telah mencuba alternatif lain, tetapi tiada yang lebih selamat berbanding duit yang disimpan di dalam bank.

Tambahan pula, tidak dapat dibayangkan bagaimana untuk tidur di atas tilam yang dipenuhi wang tunai dapat membantu kesihatan tulang belakang. Kita telah menyaksikan bagaimana sistem perbankan masa lalu tidak dapat menyaingi transformasi digital masa kini.

Pada asasnya, salah satu faktor utama yang mendorong kepada evolusi kewangan boleh dikaitkan dengan keinginan individu untuk mengawal wang mereka sendiri. Sistem perbankan tradisional menggunakan duit simpanan kita untuk membuat keuntungan dan menghadkan akses  kepada wang tersebut; samada dengan membuat anda menunggu berhari-hari untuk duit tersebut dipindahkan di antara bank, atau melengahkannya dengan terma dan syarat di dalam produk perbankan mereka yang rumit.

Bank dan Wang Anda

Apabila bank meminjamkan wang kita kepada pelanggan lain, bank secara dasarnya telah ‘melaburkan’ wang tersebut. Tetapi bank tidak sekadar melabur dengan memberikan pinjaman kepada pangkalan pelanggan mereka. Sebenarnya, sesetengah bank melabur secara meluas di dalam pelbagai jenis aset. Tambahan, sistem perbankan rizab pecahan membolehkan bank membuat pinjaman lebih banyak daripada dana yang sebenarnya tersedia kepada bank tersebut.

Karenah birokrasi juga menghadkan kawalan pelanggan ke atas akaun peribadi. Sebagai contoh, bank sering ditutup pada cuti umum, mengenakan tempoh menunggu untuk meluluskan sesuatu urus niaga, atau memaksa pelanggan untuk menyimpan sejumlah minimum wang di dalam akaun mereka untuk memastikan akaun tersebut kekal aktif.

Berprasangka baik terhadap orang (seperti yang ibu kita selalu ajar), bank telah mencipta semua pita merah ini dalam usaha untuk mengurangkan penipuan dan melindungi pelanggan mereka. Mata wang kripto tidak mempunyai masalah yang sama, terutamanya apabila langkah-langkah ketat keselamatan telah diambil untuk melindungi dompet mata wang kripto anda.

Bagaimana Syarikat Memastikan Mata Wang Kripto Anda Selamat?

Menyimpan mata wang kripto anda dengan selamat adalah perkara yang paling utama. Terdapat tiga jenis penyimpanan dalaman dan ciri-ciri keselamatan yang digunapakai syarikat kripto termasuk penyimpanan atas talian (dikenali sebagai ‘hot wallet’ atau ‘dompet panas’), penyimpanan luar storan (atau penyimpanan sejuk) serta penyimpanan sejuk beku. Kombinasi ketiga-tiga cara ini dapat memberi banyak manfaat yang berkaitan termasuk:

  • Wang anda boleh diakses 24/7 – cuti atau penutupan bank tidak menjejaskan keupayaan kita untuk mengurus kewangan
  • Menghantar dan menerima mata wang kripto dari mana sahaja di seluruh dunia
  • Kawalan penuh ke atas wang
  • Meningkatkan aksesibiliti bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai akses kepada sistem perbankan moden, tetapi mempunyai akses kepada internet dan telefon bimbit
  • Menghapuskan kesilapan manusia dan penipuan
  • Maklumat peribadi anda disimpan selamat
  • Menambah keselamatan

Kami percaya kita seharusnya mempunyai kawalan penuh ke atas wang, dan seterusnya menikmati kebebasan kewangan yang sebenar. Kami juga telah menyelami dengan lebih mendalam tentang bagaimana kita melihat masa depan perbankan, dan bagaimana kami percaya perkhidmatan kripto, seperti kami, boleh bekerjasama dengan bank.

Sekarang ini, mata wang kripto yang desentralisasi adalah bebas dari sebarang kawalan institusi dan sebahagian besar Bitcoin kebal terhadap beberapa masalah yang paling serius yang dihadapi oleh mata wang fiat. Kami menjemput anda untuk menyertai evolusi lantas menambah hak dan kuasa ke atas diri dengan peluang untuk menggunakan wang anda apabila anda mahu, bagaimana anda mahu.

Mengenai Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai tim lebih daripada 250 orang dan kini mempunyai ibu pejabat di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town.

Diasaskan oleh CEO Marcus Swanepoel dan CTO Timothy Stranex, Luno telah mengumpul lebih daripada $13 juta dana sejak dilancarkan pada 2013 dan disokong oleh gergasi teknologi global Naspers Group yang memimpin pusingan Siri A mereka, dan Balderton Capital yang memimpin pusingan Siri B mereka, antara lainnya.

Mata Wang Digital Dan Token Digital Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti

Di Malaysia, mata wang digital diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Dan katanya lesen akan diberikan kepada mereka yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital ini.

Bila ada lesen yang sah, barulah kita sebagai rasa selamat untuk menjalankan sebarang transaksi. Baca juga Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin – Mufti Wilayah Persekutuan Dah Bersuara.

Kebebasan Kewangan: Ianya Wang Anda 2

Komen

komen





Source link