Artikel Terkini

Kelebihan Dan Kekurangan Suami Isteri Buat Joint Loan Beli Rumah

Kelebihan Dan Kekurangan Suami Isteri Buat Joint Loan Beli Rumah1 - Kelebihan Dan Kekurangan Suami Isteri Buat Joint Loan Beli Rumah


Di Malaysia, ramai
individu membuat keputusan untuk membeli rumah selepas berkahwin. Berdasarkan
kajian dari Universiti Teknologi Malaysia, kurungan umur pembeli rumah pertama
adalah pada usia 24 tahun hingga 34 tahun.

Memandangkan median harga rumah di Selangor adalah pada
harga RM479,900 dan di Kuala Lumpur adalah pada harga RM786,800
kebanyakan
pembeli rumah pertama memilih untuk membuat perjanjian bersama dengan pasangan
mereka.

Data yang
dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia menunjukkan purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia mengikut golongan adalah
RM6,275 untuk M40 dan RM3,000 untuk B40
.

Kadar pendapatan
isi rumah yang rendah dan tidak selari dengan median harga rumah menyebabkan
joint loan dilihat sebagai alternatif yang paling logik untuk mereka memiliki
rumah.

Akan tetapi, sejauh
mana joint loan ini bagus untuk beli rumah? Adakah terdapat kesan jangka
panjang kepada pasangan sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti
penceraian dan kematian?

Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Memilih Joint Loan?

Antara sebab utama
joint loan dijadikan alternatif untuk rakyat Malaysia beli rumah adalah kerana
:-

1. Pendapatan Yang Kecil

Mengikut kajian dan
kiraan yang dilakukan Hartabumi.com, sekiranya gaji anda adalah RM2,500 sebulan, harga rumah yang layak
anda beli adalah tidak melebihi
RM196,000
dengan kadar DSR maksimum
60%
.

Baca : 10 Idea Menyeronokkan Untuk Menjana Pendapatan Mengikut Personaliti

Pada harga RM196,000 anda tidak mempunyai banyak
pilihan rumah melainkan rumah dari pasaran subsale dan lelong yang kita sedia
maklum memerlukan entry cost yang lebih tinggi berbanding pasaran undercon.

2. Debt Service Ratio

Senario paling
normal di kalangan anak muda di Malaysia baik golongan Bumiputera, Cina dan
India adalah membeli kereta dahulu sebelum rumah.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu Anda Beli Mengikut Gaji

Apa yang tidak
normal adalah apabila graduan muda membeli kereta pada harga yang tidak selari
dengan gaji tahunan mereka.

Logiknya, sekiranya
pendapatan tahunan anda adalah RM36,000 anda
sepatutnya memandu Perodua Bezza dan bukannya Honda City yang berharga RM75,000.

Kadar Debt Service
Ratio yang tinggi menyebabkan ramai anak muda memilih untuk melanjutkan hajat
mereka membeli rumah pertama.

3. Harga Rumah

Semua orang tahu
harga rumah hari ini telah dimonopoli oleh pemaju swasta yang menaikkan harga
rumah mengikut acuan mereka.

Apa yang tinggal
hanyalah rumah mampu milik dan bekalan rumah tersebut tidak pernah cukup
semenjak tahun 1960!

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Ramai memilih untuk
terus menyewa kerana mereka gagal untuk mengumpul 10% deposit dan kos – kos
lain dalam pembelian hartanah.

Kelebihan Joint Loan Untuk Membeli Rumah

1. Pendapatan Digabung Lebih Baik

Apabila anda joint
loan dengan pasangan anda, secara automatik pendapatan anda yang dicampur
dengan pendapatan pasangan anda di atas kertas menjadi lebih tinggi.

Baca : 4 Alasan Kerap Mengapa Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak

Kadar Debt To
Income (DTI) juga akan menjadi rendah membolehkan permohonan pembiayaan
pinjaman hartanah anda diluluskan oleh bank.

Lebih rendah kadar
hutang anda, lebih tinggi peluang anda untuk membeli rumah. Pihak bank menilai
anda sebagai seorang peminjam yang berisiko rendah.

2. Skor Kredit Lebih Tinggi

Proses pinjaman
akan menjadi lebih mudah sekiranya anda dan pasangan mempunyai rekod skor kredit
yang bagus.

Membayar semua bil
tepat pada masanya juga adalah satu kelebihan kerana ia akan meningkatkan
kepercayaan bank memandangkan anda mempunyai rekod pembayaran yang baik.

Baca : 5 Situasi Yang Membenarkan Anda Mengambil Pinjaman Peribadi

Memandangkan anda
dan pasangan telah menggabungkan pendapatan dan rekod skoring kredit, ini akan
menjadi satu kelebihan buat anda dan pasangan apabila anda membuat pembayaran
balik ansuran pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan bank.

Kesannya, anda
dilihat sebagai seorang peminjam yang mampu membayar semula pinjaman mengikut
waktu yang ditetapkan.

Logkiknya, jika
anda tidak mampu melangsaikan hutang
RM500 sebulan
kepada bank, bagaimana bank ingin memberikan anda akses
pinjaman RM200,000 hingga RM300,000?

3. Rumah Yang Lebih Besar

Antara punca ramai
orang melakukan pinjaman bersama adalah untuk membeli rumah yang lebih mahal
dan besar.

Memandangkan
pendapatan bulanan anda adalah RM2,500
dan anda hanya layak untuk membeli rumah pada harga RM196,000.

Baca : 11 Jenis Rumah Moden Yang Ada Di Malaysia

Kini anda layak
untuk membeli rumah pada harga RM376,000
sekiranya pasangan anda mempunyai pendapatan yang sama dengan anda.

Lebih besar
pendapatan anda dan pasangan anda, lebih mahal dan besar rumah yang anda boleh
beli.

Kekurangan Joint Loan Untuk Membeli Rumah

Kelebihan Dan Kekurangan Suami Isteri Buat Joint Loan Beli Rumah2 700x446 - Kelebihan Dan Kekurangan Suami Isteri Buat Joint Loan Beli Rumah

1. Faraid

Sekiranya salah
seorang dari penama pinjaman meninggal dunia, secara automatik bahagian
tersebut akan dibayar oleh takaful. Sedangkan baki 50% tadi perlu dibayar seperti biasa oleh si suami/ isteri
yang masih hidup.

Baca : Hibah Sebelum Hiba : Ketahui Perbezaan Di Antara Hibah, Wasiat Dan Faraid

Memandangkan salah
seorang penama pinjaman telah meninggal dunia, bahagian si mati tersebut akan
melalui proses faraid di mana ahli keluarga si mati seperti ibu, bapa, adik –
beradik layak menuntut bahagian tersebut.

Sekiranya si suami/
isteri yang masih hiup tadi ingin terus menetap di rumah tersebut, dia terpaksa
membayar baki 50% bahagian si mati kepada keluarga si mati.

Kesannya, si suami/
isteri berisiko untuk tidak memiliki rumah.

2. Perkongsian

Rumah tersebut
perlu mendapat persetujuan kedua – dua pihak penama sekiranya ingin dijual.
Selagi persetujuan kedua – dua pihak tidak dicapai, rumah tersebut tidak mampu
dijual.

Ini menjadi punca
Aset Tidak Dituntut setakat tahun 2019 yang lalu mencecah RM70 bilion dan 90%
daripadanya adalah harta orang Melayu.

Baca : Faraid Kan Ada? Apa Gunanya Buat Wasiat?

Joint loan memang
boleh menjadi solusi dan alternatif jangka pendek sekiranya anda bercadang
untuk beli rumah pertama. Tetapi, kesan jangka panjangnya sangat luar biasa dan
mampu memberi impak sosial juga.

Apa yang paling
penting adalah untuk anda sebagai penama melakukan
hibah bersyarat terhadap hartanah tersebut
seandainya berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini demi masa depan yang lebih cerah kepada keluarga
anda.

Sumber Rujukan:

  1. Hartabumi
  2. UTM
  3. Kauthar Rozmal
  4. Compare Hero
  5. Funtasticko
Ads 300x250 b2 - Kelebihan Dan Kekurangan Suami Isteri Buat Joint Loan Beli Rumah





Source link