Uncategorized

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 1


Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 2

Kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan komited untuk membeli tanah dari pemilik asal di Kampung Baru sebagai satu inisiatif memajukan tanah rizab Melayu tersebut. 

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 3

Kredit: KPKT

Isu melibatkan pembelian tanah Kampung Baru bukanlah isu baharu dan dilihat seolah- olah tidak berkesudahan. Baru – baru ini Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata “Mereka akan memastikan pembangunan semula yang lebih teratur dan menyeluruh di kawasan itu.”

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 4

Kredit: Sinar Harian

Isunya adalah apabila Kampung Baru yang dikatakan tanah paling berharga di Kuala Lumpur tetapi dipenuhi kampung setinggan dan adalah sangat memalukan untuk ditunjukkan kepada tetamu asing akan realiti kawasan Melayu ini. 

Sungguhpun begitu, 80% penduduk Kampung Baru dikatakan bersetuju dengan inisiatif kerajaan untuk memajukan tanah Kampung Baru yang mempunyai keluasan 250 ekar.

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 5

Kredit: GPSmyCity

Penduduk Kampung Baru dikatakan lebih suka tanah dibeli pihak kerajaan berbanding pemaju swasta dan tidak melalui sebarang organisasi atau individu yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini. 

Khalid Abdul Samad turut menambah bahawa Kerajaan memerlukan sekurang – kurangnya RM 6 bilion sehingga  RM 10 bilion suntikan dana sebagai pampasan untuk membeli tanah – tanah tersebut dari penduduk asal demi pembangunan yang dirancang. 

Isu ini berlarutan sejak tahun 2014 lagi semasa Datuk Seri Haji Johari bin Abdul Ghani menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. 

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 6

Kredit: Astro Awani

Apa yang menarik ialah 5 tahun dahulu, penduduk dan pemilik tanah Kampung Baru telah pun menyatakan persetujuan pembangunan kawasan tersebut. 

Dalam laporan Astro Awani yang lalu, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) yang menjadi perantara antara kerajaan dan pemilik tanah berkata seramai 88% daripada 2,388 pemilik tanah telahpun bersetuju. 

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 7

Kredit: Yomadic

Kerajaan telah menawarkan RM400 per kaki persegi untuk tanah di Kampung Baru namun ditolak oleh penduduk Kampung Baru yang merasakan tawaran tersebut telah rendah memandangkan lokasinya yang sangat strategik. 

Antara pemaju yang mendapat hak membangunkan projek di Kampung Baru ialah M101 Holding Sdn Bhd yang membina M101 Skywheel setinggi 220 meter. Projek mega ini dijangka berharga RM2.2 bilion apabila siap menjelang tahun 2022. 

Kemelut Tanah Kampung Baru Belum Selesai 8

Kredit: Propertyguru

M101 Skywheel akan menjadi ikon terbaru di Kuala Lumpur apabila menjadi projek TOD (Transit Oriented Development) dengan roda feris di puncak bangunan yang mempunyai pelbagai fasiliti antaranya kediaman, pusat beli belah, hotel, akses MRT dan lain – lain.


Langgan Info Terkini





Source link