Artikel Terkini

Kempen Golden Ticket cetus kemeriahan di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall


KUALA LUMPUR: Suria KLCC Group melancarkan kempen terbesarnya tahun ini dengan memberikan ganjaran kepada pembeli melalui Kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kempen tersebut bertujuan menghargai pelanggan dan memeriahkan suasana berbelanja walaupun ketika pandemik COVID-19 belum reda sepenuhnya.

“Setiap hari kami terinspirasi mencari cara baharu untuk memperkayakan pengalaman berbelanja pelanggan kami dengan meraikan kemenangan.

“Kami percaya Kempen Golden Ticket ini dapat memberikan perasaan berbeza ketika pelanggan membeli-belah. Kami mahu meneruskan usaha murni dalam memberi semula kepada para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Spend and be rewarded bersama kempen Golden Ticket

Brien berkata, pelanggan layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah kempen tersebut apabila berbelanja minimum RM150 di Suria KLCC dan Mesra Mall, manakala Alamanda, Putrajaya (RM300).

Katanya, pembelian tersebut perlulah dilakukan dalam dua resit dari mana-mana kedai khas dan peserta perlu mengesahkan pembelian di kaunter perkhidmatan pelanggan sebelum boleh menyertai cabutan bertuah berkenaan.

 

Pembeli sedang mengesahkan pembelian di kaunter perkhidmatan pelanggan.
Beliau berkata, pembeli yang menang perlu memilih beg bertuah yang mengandungi sampul surat, iaitu Golden Ticket dan Purple Ticket.

Katanya, mereka yang memenangi Golden Ticket akan mendapat baucar beli belah bernilai RM5,000 di Suria KLCC, Alamanda (RM1,000) dan Mesra Mall (RM1,500).

Brien berkata, bagi Purple Ticket pula, pemenang akan mendapat baucar bernilai RM50 di Suria KLCC, Alamanda (RM50) dan Mesra Mall (RM30).

Katanya, tempoh kempen tersebut dilaksanakan berbeza mengikut lokasi iaitu:

*Suria KLCC bermula pada 19 Jun hingga 12 Julai 2020 dan terhad kepada 100 pelanggan setiap hari.

*Alamanda bermula pada 19 Jun hingga 19 Julai 2020 dan terhad kepada 101 pelanggan setiap hari.

*Mesra Mall bermula pada 19 Jun hingga 18 Julai 2020 dan terhad kepada 51 pelanggan setiap hari.

Sementara itu, Brien berkata, dua baucar bernilai RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan yang bertuah pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad.

Katanya, kempen tersebut juga akan meraikan pemenang Golden Ticket dengan bergambar di pameran eksklusif “Wall of Winners” di Centre Court, selain dipaparkan di media sosial rasmi Suria KLCC Group.

Beliau dalam pada itu berkata, langkah keselamatan dan kesihatan amalan normal baharu juga diterapkan setiap masa termasuk penyediaan pensanitasi tangan serta pematuhan penjarakan sosial.

“Pemeriksaan suhu badan juga dilakukan sebelum pelanggan memasuki mana-mana kedai. Selain itu, kekerapan pembersihan di sekitar terbabit juga dipertingkatkan” katanya.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan atau layari laman web:

i. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my

ii. Pusat Beli-belah Alamanda (Putrajaya) – www.alamanda.com.my

iii. Mesra Mall (Kerteh) – www.mesramall.com.my





Source link