Artikel Terkini

Kenali B, pesaing baharu Instafames di Instagram


INI ‘B’, serangga pertama yang mempunyai akaun media sosial Instagram.

Ya, B adalah seekor lebah. Kelakar bukan?

Akaun Instagram B diwujudkan sebagai satu mesej kesedaran awam di mana serangga kecil dan ‘suka bergambar’ ini diwujudkan menggunakan teknologi pengimejan CGI oleh Fondation de France.

Ia bertujuan dalam meningkatkan kesedaran dan membantu mengumpulkan dana untuk menyelamatkan lebah.

Menurut satu kajian, 24 peratus lebah mati di Eropah akibat peningkatan kegiatan pertanian setiap tahun.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya kenapa serangga kecil ini penting?

Lebah bertindak sebagai ejen pendebungaan dalam proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma dan ia memainkan peranan penting dalam ekosistem semula jadi secara global.

Tanpa kewujudan serangga ini, tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan proses pendebungaan dan ini sekali gus akan menyebabkan pembiakan sesuatu tumbuhan itu terbantut.

Menurut laman Instagram B, usaha melindungi lebah bermaksud melindungi planet dan Fondation de France menyeru semua orang menyokong insiatif tersebut, dalam mewujudkan kesedaran berhubung perkara itu.





Source link