Uncategorized

Kenali Perumahan Mampu Milik Di Negeri Anda


Saban hari kita mendengar keluhan rakyat marhaen tentang ketidakmampuan membeli rumah kerana harganya yang tersangat mahal. Baik dalam pasaran primer dan juga sekunder.

Setiap hari jugalah kita mendengar keluhan-keluhan seperti, “Bila kerajaan nak turunkan harga rumah?” atau “Mampu tengok saja lah rumah macam ni.”

Belum lagi data dan statistik yang menunjukkan bilangan rumah yang tidak terjual di dalam negara. Johor mencatatkan statistik rumah tidak terjual paling tinggi di Malaysia. Sebanyak 6,066 unit rumah pelbagai jenis tidak terjual di Johor. Menakutkan bukan?

Kenali Perumahan Mampu Milik Di Negeri Anda 2

Credit: Vocket

Persoalannya,

Pernahkah kita ambil cakna tentang skim-skim rumah mampu milik samada oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri? Tinjauan yang dilakukan, masih ramai yang tidak boleh membezakan antara projek rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Jadi, diharapkan dengan tulisan ini dapat memberi pencerahan tentang skim-skim rumah mampu milik yang ada dalam negara.

Skim rumah mampu milik boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:-

  1. Skim dari Kerajaan Persekutuan
  2. Skim dari Kerajaan Negeri
  3. Skim dari pihak swasta

Kenali Perumahan Mampu Milik Di Negeri Anda 1

Credit: Kluangtoday

Baik, jadi saya kongsikan antara skim-skim perumahan mampu milik yang ada mengikut kategori diatas dan kalian boleh lah buat survey dan pilihan.

  1. Skim Kerajaan Persekutuan
  2. PR1MA (setiap negeri)
  3. Projek Perumanan Awam 1 Malaysia (setiap negeri)
  4. Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (setiap negeri)
  5. Rumah Transit 1 Malaysia
  6. Skim Rumah PertamaKu (setiap negeri)
  7. Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (setiap negeri)
  8. Kempen Pemilikan Rumah, HOC 2019
  9. Skim Kerajaan Negeri
  10. RUMAWIP (WPKL)
  11. PPR (WPKL)
  12. Perumahan Awam DBKL (WPKL)
  13. Skim Bantuan Rumah DBKL (WPKL)
  14. Rumah SelangorKu
  15. Rumah PerakKu
  16. Projek Rumah Makmur
  17. Rumah Mampu Milik Johor
  18. Skim Pihak Swasta
  19. MyHome

Bagi negeri yang tidak mempunyai projek rumah mampu milik sendiri, akan bergantung kepada skim yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan mengikut Dasar Perumahan Negeri masing-masing.

Jangan risau kerana setiap negeri telah pun memperuntukkan sebilangan tanah dan Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan peruntukan bagi membina projek rumah mampu milik dinegeri-negeri terlibat dalam pembentangan bajet yang lepas-lepas.

Zuraida Kamaruddin

Credit: Selangorkini

Bagi pemaju swasta pula, mereka ini akan mematuhi setiap syarat yang diperuntukan didalam Dasar Perumahan Negeri jika ingin membuat pembangunan perumahan yang baru disetiap negeri.

Mengambil contoh di Negeri Sembilan, untuk setiap pembangunan tanah melebihi 5 ekar, 30% daripada tanah tersebut hendaklah diperuntukan kepada pembangunan rumah kos rendah.

Perlu diketahui yang Dasar Perumahan Negeri ini adalah kesinambungan daripada Dasar Perumahan Negara. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk Dasar Perumahan Negeri yang boleh ditemui di portal Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri masing-masing.

Walaupun bertukar kerajaan, projek-projek rumah mamppu milik ini tetap menjadi agenda utama negara bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah dan sekaligus merancakkan semula industri hartanah di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah pun mengambil langkah yang proaktif bagi menangani masalah pemilikan rumah dikalangan rakyat Malaysia dan Bumiputra khususnya. Jadi, adalah menjadi tugas kalian sebagai marhaen untuk ambil cakna serta membuat sedikit kajian dan pembacaan.

Dengan sedikit usaha dan ilmu, pasti suatu hari nanti peratus pemilikan rumah dikalangan Bumiputra akan meningkat. Teruskan membaca segala info khusus untuk hartanah Bumiputera di Hartabumi.com sebagai rujukan kalian.





Source link