Artikel Terkini

Kenapa Sekarang Lebih Ramai Penyewa Daripada Pembeli?


Semakin ramai yang lebih suka untuk menyewa berbanding membeli rumah. Ada juga golongan muda yang mempunyai mindset yang membeli rumah sudah bukan menjadi keperluan.

Seperti yang kita tahu, semua ini disebabkan harga rumah yang semakin mahal. Harga kediaman semakin meningkat lebih-lebih lagi di bandar besar seperti Lembah Klang.

Jom kita lihat kenapa harga rumah semakin naik dan wujudnya ramai penyewa berbanding pembeli ketika ini.

1. Harga Tanah Mahal

Bila harga tanah semakin mahal, pemaju perlu membeli tanah dengan harga yang tinggi. Mereka tidak mempunyai pilihan dan akan menjual rumah kepada kita dengan harga yang lebih mahal juga.

Disebabkan ini, banyak rumah yang tidak laku dan dianggarkan sekitar 39,000 unit yang tidak terjual. Jumlah ini tidak termasuk unit yang dianggap sebagai “service apartment”, tetapi sebenarnya bukan. Jika termasuk semua unit ini, jumlah ini akan meningkat sehingga melebihi 50,000 unit.

Banyak pemaju yang memberi khidmat percuma kepada pembeli seperti tiada downpayment, stamp duty percuma, yuran guaman percuma dan sebagainya.

Tetapi hakikatnya, semua ini sudah dimasukkan ke dalam harga jualan rumah dan ianya akan menaikkan lagi harga rumah.

Bila harga hanya mampu tengok saja, apa pilihan yang ada selain daripada menyewa?

2. Tiada Kelas Aset Alternatif

Kita sangat mementingkan kediaman. Jika kita mempunyai wang yang lebih, kita boleh sama ada menyimpan di bank dengan kadar faedah yang rendah atau pun membeli hartanah.

Tetapi, bila kita membeli hartanah, kita tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa membeli apartment atau kondominium. Oleh sebab itu, ramai yang mempunyai tiga ke enam unit kondominium.

Mungkin kita perlu membuat peraturan seperti setiap seorang hanya boleh memiliki sebuah rumah. Dengan itu, semua orang akan mempunyai peluang untuk memiliki rumah.

Sebagai contoh, jika seorang sudah membeli lima unit kondominium, sudah pasti harga rumah akan naik dengan mendadak dan orang lain pada akhirnya akan menyewa.

3. Spekulasi Pasaran

Ada juga golongan yang membuat spekulasi bahawa kawasan baru yang ingin dibangunkan ini dan rumah yang akan siap dibina kelak bakal mempunyai banyak booster yang akan meningkatkan harga rumah. Akhirnya apabila dibeli, kita kena tunggu bertahun-tahun lamanya sebelum kawasan tersebut benar-benar developed.

Spekulasi seperti ini akan meningkatkan nilai hartanah lebih daripada yang sepatutnya. Akhirnya pembeli pula yang terjerat dan nak taknak terpaksa sewakan rumah mereka pada kadar yang rendah.

4. Lambakan Rumah Tidak Terjual

Jika dilihat kepada situasi semasa, ramai sebenarnya yang lebih gemar untuk menyewa kerana harga sewa sekarang semakin rendah. Terdapat lambakan rumah untuk disewa selepas unit-unit tersebut tidak dapat dijual.

Ini sekaligus menurunkan kadar sewaan kerana permintaan yang berkurangan. Maka semakin ramailah yang akan menyewa disebabkan harga rumah yang di luar kemampuan ramai orang.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber rujukan: https://www.theedgemarkets.com

Iklan


Iklan



Source link