Uncategorized

Kenyataan Ujang tak berasas – MOY Publications



KUALA LUMPUR: Penerbit majalah Ujang, MOY Publications menyifatkan kenyataan Ibrahim Anon atau Ujang, tentang hak pemilikan majalah komik itu sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, mereka menegaskan Ujang sudah menjadi hak milik syarikat berkenaan sejak tahun 1997.

“Hak mutlak sudah termaktub dalam undang-undang yang MOY Publications adalah pemegang hak.

“Ujang tidak ada hak langsung dan MOY Publications Sdn Bhd bebas untuk menggunakan nama majalah Ujang dan majalah Apo untuk diterbitkan tanpa perlu merujuk mana-mana pihak,” kata Azrul Izar, Pengarah Jualan dan Operasi MOY Publications.

BACA: ‘Saya tetap lawan walaupun hanya dengan hasil karya saya’ – Ujang

Tambah Azrul lagi, penerbitan majalah itu bukan tindakan oportunis sebaliknya hanya memenuhi kehendak peminat yang merindui Ujang.

“Kami bebas terbitkan majalah ini pada bila-bila masa. Kami terbitkan atas permintaan peminat yang sangat merindui majalah ini.

“Sebab itu kami buat keputusan saat akhir untuk terbitkannya dua minggu sebelum puasa,” ujar Azrul.

Sebelum ini, Ujang membuat kenyataan penerbitan majalah Ujang edisi bumper Hari Raya sebagai tidak adil dan tidak sepatutnya berlaku, kerana majalah itu adalah hak miliknya.

BACA: Edisi istimewa bumper nostalgia raya Ujang imbau memori Aidilfitri





Source link