Artikel Terkini

Keputusan tahun kewangan 2020, lambang daya tahan Astro

51585130441 Astro - Keputusan tahun kewangan 2020, lambang daya tahan Astro



41585130447 Astro - Keputusan tahun kewangan 2020, lambang daya tahan Astro

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd merekodkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) lebih tinggi kepada RM657 juta, naik 17 peratus, di sebalik kemerosotan perolehan tahunan sebanyak 10 peratus.

Menurut Pengerusinya, Tun Zaki Azmi, prestasi kewangan ini mengambarkan daya tahan Astro yang dijayakan menerusi usaha optimasi kos yang dilaksanakannya.

“Walaupun wujud dugaan dalam persekitaran ekonomi global dan cabaran dalam landskap media pada tahun kewangan lalu, Astro terus mampu mencatatkan keuntungan, mematuhi kos dan proaktif dalam pengurusan modal.

“Berikutan wabak COVID-19, Lembaga Pengarah memutuskan untuk mengambil langkah berhemah dengan mensederhanakan dividen interim keempat kepada 1.5 sen sesaham,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkata, keputusan kewangan ini menggambarkan daya tahan syarikat dalam persekitaran operasi yang mencabar dan ditambah pula dengan ancaman cetak rompak.

“Kita mencatatkan pertumbuhan PATAMI dengan mengoptimumkan kos dan mengukuhkan kedudukan kita sebagai destinasi hiburan dan gerbang untuk setiap isi rumah melalui perkhidmatan TV berbayar, NJOI, Penjualan dan Jalur Lebar,” katanya.

Pada masa sama, Henry tidak menolak bahawa sektor perniagaan kini berdepan dengan cabaran sosial dan ekonomi akibat wabak COVID-19.

“Walaupun kita terus bersiaran seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Perjalanan, kita juga sudah mengaktifkan pelan penerusan perniagaan dan juga menjamin keselamatan pekerja kita.

“Kumpulan kami kini dibahagikan di beberapa lokasi dengan kebanyakan mereka bekerja dari rumah.

“Kami di Astro tetap berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa dimaklumkan dan dihiburkan semasa tempoh yang mencabar ini,” tegas Henry.





Source link

Related Posts