Uncategorized

Kerajaan Kelantan sambut baik projek ECRL diteruskan

Kerajaan Kelantan sambut baik projek ECRL diteruskan 1



Kerajaan Kelantan sambut baik projek ECRL diteruskan 2

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk menyambung kembali projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tergantung sejak Julai tahun lepas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, projek berkenaan dilihat mampu memberi impak besar kepada penduduk Pantai Timur, khususnya Kelantan, kerana dapat membangunkan ekonomi negeri.

“Projek ECRL, kalau jadi, Alhamdulilah. Kita tidak berubah pendirian. Kita mengalukan-alukan projek yang boleh membangunkan negeri dan memwujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, banyak kebaikan sekiranya ECRL diteruskan, bahkan ia dapat merancakkan ekonomi antara pantai timur dan barat.

Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan projek ECRL diteruskan semula dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion bagi Fasa 1 dan 2.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung pengurangan kos asal dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion itu berjaya dicapai setelah Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communication Construction Company Ltd sepakat memeterai satu perjanjian tambahan.

Mohd Amar juga berharap lima projek besar yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini diteruskan.

Katanya, projek besar berkenaan turut dilihat mampu memberi perubahan kepada negeri Kelantan.

Mac lepas, Kerajaan Persekutuan memaklumkan memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk pembangunan di Kelantan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Ia melibatkan peruntukan lima projek pembangunan yang akan diberi keutamaan termasuk membesarkan dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa; Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Jambatan Palekbang dan Jalan  Raya Pasir Puteh-Machang-Jeli





Source link

Related Posts