Uncategorized

Kerajaan komited bangun dasar pacu ekonomi, industri digital – Guan Eng

Kerajaan komited bangun dasar pacu ekonomi, industri digital - Guan Eng 1



Kerajaan komited bangun dasar pacu ekonomi, industri digital - Guan Eng 2

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memperkenalkan dasar pemboleh sebagai pemacu baharu pembangunan yang akan menjadikan Malaysia sebagai prospek menarik bagi teknologi tinggi, ekonomi dan industri digital tokokan nilai tinggi di rantau ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dasar-dasar ini akan menggariskan peranan kerajaan sebagai pemboleh dalam memacu dan memangkinkan transformasi digital dalam sektor dan perkhidmatan berkaitan.

“Dasar-dasar ini tidak terhad kepada hanya untuk menggalakkan penggunaan teknologi tetapi juga meningkatkan keupayaan inovatif dalam mencipta teknologi, produk dan perkhidmatan buatan tempatan,” katanya dalam ucap tama beliau yang bertajuk ‘Memanfaatkan Potensi Ekonomi Digital’ pada acara Malaysia Hub anjuran World Bank Group di Washington DC, pada Jumaat.

Bagi menerima ekonomi digital, Lim berkata, tumpuan utama kerajaan adalah pada 3A – ‘availability’ (ketersediaan), ‘accessibility’ (kebolehcapaian) dan ‘acceptability’ (kebolehterimaan) — bagi memastikan persekitaran yang makmur kepada rakyat, di samping menggalakkan langkah ke arah negara keusahawanan di mana setiap orang boleh menjadi usahawan dengan cara mereka sendiri dalam era digital ini.

“Sebuah negara keusahawanan yang mengguna pakai ekonomi digital akan membolehkan negara seperti Malaysia keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan beralih kepada status ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

Lim berpendapat era kerajaan mengetahui yang terbaik, terutamanya dalam menangani teknologi baharu atau mencarta masa depan digital kita, sudah lama berlalu.

“Malahan, kerajaan dilihat sebagai penghalang ke arah menguasai sepenuhnya masa depan digital.

“Atas alasan ini, kerajaan perlu menjalin perkongsian bukan hanya dengan sektor awam, tetapi juga dengan profesional dan orang ramai bagi mendapat sokongan awam,” katanya.

Lim berkata perkongsian 4P yang melibatkan sektor awam, sektor swasta, kumpulan profesional dan pemegang kepentingan lain boleh menyediakan satu bentuk jaminan terhadap kegagalan dasar awam oleh birokrat.

“Kerajaan perlu memainkan peranan yang kurang penting, tumpukan kepada menyediakan persekitaran kawal selia yang telus yang menawarkan tahap sama rata dan menyediakan geran padanan kepada perusahaan seumpama itu.

“Bagaimanapun (kerajaan perlu) melabur dalam penyelidikan dan pembangunan kritikal yang sektor swasta tidak dapat atau tidak mahu menjalankannya,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts