Uncategorized

Kerajaan Nak Ambil Alih 4 Tol Bernilai RM6.2 Bilion, Saham Gamuda Jadi Apa?

Kerajaan Nak Ambil Alih 4 Tol Bernilai RM6.2 Bilion, Saham Gamuda Jadi Apa? 1


KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) mengemuka tawaran pengambilalihan kepentingan dalam empat pengendali lebuh raya utama membabitkan nilai RM6.2 bilion.

Empat lebuh raya terbabit ialah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) pada nilai RM2.47 bilion; Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) (RM1.984 bilion); KESAS Sdn Bhd (RM1,377 bilion) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) pada nilai RM369 juta.

Pengambilalihan itu seiring dengan pengumuman kerajaan pada Februari lalu yang bercadang untuk mengambil alih empat lebuh raya terbabit, sebagai sebahagian daripada janji pilihan raya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda Bhd yang juga pemegang saham terbesar dalam keempat-empat pengendali lebuh raya terbabit berkata, pihaknya hari ini menerima surat tawaran daripada MOF Inc bagi mengambil alih semua kepentingan termasuk saham biasa, saham keutamaan dan saham pinjaman.

Katanya, tawaran itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc yang akan dikenal pasti kemudian.

“Tawaran kepada setiap pengendali konsesi lebuh raya sah sehingga jam 5 petang pada 12 Julai ini. Tawaran itu tidak sah selepas itu melainkan MOF Inc setuju dalam bentuk bertulis untuk melanjutkan tempoh tawaran berkenaan.

“Semua tawaran kepada keempat-empat syarikat konsesi ini tertakluk kepada dapatan kajian daya maju yang memuaskan, kelulusan Kabinet dan pelaksanaan perjanjian definitif berhubung tawaran dan pematuhan kepada terma-terma tawaran itu.

“Tawaran-tawaran ini saling mengikat terhadap satu sama lain melainkan diberi pelepasan oleh MOF Inc atau SPV dalam bentuk bertulis,” katanya.

Gamuda memiliki 70 peratus kepentingan dalam KESAS; SPRINT (52 peratus); LITRAK (44 peratus) dan 50 peratus dalam SMART.

LITRAK ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Sumber: BH Online

Durian Runtuh Buat Gamuda

Memang power Gamuda, banyak gak tu nilai RM6.2 bilion yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Jom kita tengok prestasi harga saham Gamuda sepanjang setahun yang lalu:

Kerajaan Nak Ambil Alih 4 Tol Bernilai RM6.2 Bilion, Saham Gamuda Jadi Apa? 2
Sumber: Bursa Marketplace

Kelihatan harga saham banyak jatuh pada bulan Oktober yang lalu, sehingga ke paras terendah iaitu RM2.07.

Namun ianya telah membuat kenaikan yang steady, dan ditutup pada paras RM3.83 pada Jumaat (21 Jun 2019) yang lalu. Dah naik hampir 100% daripada paras terendah.

Siapa Pemilik Gamuda Berhad?

Kerajaan Nak Ambil Alih 4 Tol Bernilai RM6.2 Bilion, Saham Gamuda Jadi Apa? 3
Sumber: Bursa Marketplace

Nama-nama besar seperti PNB, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan banyak lagi merupakan pemegang saham terbesar Gamuda ni. Jerung antarabangsa seperti Vanguard dan Norges Bank kelihatan banyak menjual, tetapi jerung tempatan yang lain banyak membeli pula.

Kalau nak tahu, harga saham Gamuda jatuh banyak selepas kekalahan kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu (Mei 2018). Jatuh daripada harga RM5 lebih seunit, sehinggalah ke paras yang dicatatkan sekarang.

Adakah masanya telah tiba untuk harga saham Gamuda naik semula ke paras RM5? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Kerajaan Nak Ambil Alih 4 Tol Bernilai RM6.2 Bilion, Saham Gamuda Jadi Apa? 4

Komen

komen





Source link