Uncategorized

Kerajaan sasar Felda pulih dalam 5 tahun – Azmin

Kerajaan sasar Felda pulih dalam 5 tahun - Azmin 1



Kerajaan sasar Felda pulih dalam 5 tahun - Azmin 2

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan pulih daripada masalah yang dihadapi kini terutama melibatkan aliran tunai dalam tempoh lima tahun.

Ia selepas kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif-inisiatif.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata inisiatif itu melibatkan penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi.

“Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman Felda akan mendedahkan Felda kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019.

“Pada tahun 2018, Felda terpaksa melunaskan RM1.4 bilion bayaran pinjaman dan kadar faedah kepada institusi kewangan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL





Source link

Related Posts