Artikel Terkini

Kerajaan Selangor lancar E-Bazar Ramadan pertama, Grab sebagai penghantar

81586330624 mashupgrabfoodbazar - Kerajaan Selangor lancar E-Bazar Ramadan pertama, Grab sebagai penghantar


KUALA LUMPUR: Susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di Selangor yang dijangka menjejaskan pendapatan hampir 17 ribu peniaga dan penjaja, Kerajaan Selangor mengumumkan akan melaksanakan satu inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ekosistem keusahawanan baharu itu bakal menyaksikan kerjasama syarikat penghantaran, Grab Malaysia bertujuan membolehkan para peniaga menjana pendapatan pada bulan puasa.

“Platform digital ini dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor Grab membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan.

“Selain itu, ia juga memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, konsep bazar Ramadan digital ini hanya membenarkan pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen).

“Di peringkat Kerajaan Negeri, pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH,” katanya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri percaya bahawa ini merupakan salah satu usahasama strategik awam-swasta yang diperlukan ketika ini bagi menghadapi norma baharu (new norm) akibat wabak COVID-19.

BACA: COVID-19: Kerajaan Selangor batal penganjuran bazar Ramadan

Terdahulu, beliau turut menjamin pihaknya akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek adaptasi budaya digitalisasi selepas menganggarkan seramai 16,584 peniaga akan terkesan susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri itu.

.





Source link

Related Posts