Artikel Terkini

Kerajaan, swasta perlu bekerjasama bantu pulihkan ekonomi negara – Mustapa

71589970118 DatukSeriMustapaM - Kerajaan, swasta perlu bekerjasama bantu pulihkan ekonomi negara - Mustapa



61589970122 DatukSeriMustapaM - Kerajaan, swasta perlu bekerjasama bantu pulihkan ekonomi negara - Mustapa

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan sektor swasta perlu terus bekerjasama dalam membantu memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas kerana pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama sebegitu perlu diteruskan kerana ia merupakan teras kejayaan Malaysia selama ini.

“Ini adalah teras kejayaan Malaysia. Kita perlu holistik dalam pendekatan kita, kita harus inklusif dan saya ingin menekankan pentingnya pembangunan modal insan.

“Betapa pentingnya ini dalam memastikan pertumbuhan yang berterusan untuk ekonomi Malaysia.

“Kita juga mahu Malaysia memanfaatkan peluang pertumbuhan pada zaman digital global semaksima mungkin, untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing,” katanya dalam ucapan pembukaan ‘Policy Webinar: Rebuilding The Economy With Enabling Policies’ pada Rabu.

Tambah Mustapa, kerajaan dan industri telah bekerjasama dengan baik sebelum ini namun disebabkan normal baharu yang melanda seluruh dunia, kedua-dua pihak menghadapi lebih banyak cabaran.

“Perkara pertama kita perlu buat ialah bergerak semula, orang perlu pergi bekerja dan diharapkan selepas itu kita akan terus kukuh menuju pemulihan (ekonomi).

“Menjelang tahun depan atau pertengahan tahun depan, kita berharap dapat muncul sebagai sebuah negara yang lebih kukuh dengan memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi digital,” katanya lagi.





Source link

Related Posts