Artikel Terkini

Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha mewujudkan zon perindustrian khusus untuk amalan perniagaan pusingan ekonomi bagi industri automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Institiut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII) Datuk Madani Sahari berkata cadangan buat masa sekarang adalah Pelabuhan Klang – zon industri khusus ini akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri.

“Sebagai contoh, bateri hibrid (untuk kenderaan), anda perlu mengitar semula mereka tetapi kita tidak mempunyai keupayaan untuk mengitar semula di sini, malahan, bateri hibrid Volvo, terpaksa dihantar kembali ke Sweden bagi tujuan proses kitar semula.

“Untuk mengelakkan pembaziran logistik, kami merancang membuat kitaran semula di Malaysia, tetapi bagi tujuan ini, kita memerlukan zon dan standard yang betul,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Dasar Automotif Kebangsaan 2020 (NAP 2020) pada Jumaat.

Sebagai sebahagian daripada zon perindustrian yang dihasratkan, Madani juga berharap agar dibina fasiliti untuk menguji kereta tempatan terpakai sebelum dieksport ke pasaran luar negara.

“Kami berharap lokasi ini akan dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan akan datang, yang dijangka mempunyai sekurang-kurangnya 40.46 hektar tanah.

“Kami masih belum mengenal pasti pelabur untuk zon industri buat masa sekarang,” tambah beliau lagi.

— BERNAMA




Source link

Related Posts