Artikel Terkini

Kerap Tukar Sarung Bantal Dan Cadar, Petua Lelaki Ini Bebas Jerawat 100%


Jerawat pada muka mahu pun badan sering dikaitkan dengan hormon atau gaya hidup terutamanya jenis pengambilan makanan. Rawatan terbaik adalah mendapatkan khidmat dari pakar kulit. Namun, ia bukan lah satu-satunya penyelesian.

Seperti yang berlaku pada seorang jejaka dari California bernama Brian Turner. Keadaan muka yang berjerawat teruk sejak usia 14 tahun menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat rundingan pakar kulit. Selain rawatan, pakar kulit turut menasihatkan Brian untuk tidak mengambil makanan berasaskan tenusu dan yang telah diproses.

Namun, selepas 70 minggu tempoh rawatan, jerawat Brian kembali. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melakukan pemulihan dalam gaya yang berbeza. Selain tetap mengekalkan untuk mengambil makanan tenusu dan yang telah diproses, Braian turut menasihatkan orang ramai agar menukar sarung bantal. Bagi yang mempunyai masalah jerawat badan pula, pastikan cadar diganti setiap hari.

Dengan tambahan rutin yang lain, kini kulit Brian 100% bebas dari jerawat.



Source link