Artikel Terkini

Kerjasama antara U Mobile dan Funding Societies Tawarkan Pembiayaan Perniagaan antara Rakan Setara (P2P) kepada PKS menerusi GoBiz


U Mobile, syarikat telekomunikasi berpusatkan data yang memenangi pelbagai anugerah, mengumumkan jalinan kerjasama dengan Funding Societies, sebuah platform pembiayaan dalam talian antara rakan setara (P2P) yang terbesar di Asia Tenggara, untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO) di Malaysia menerusi penyelesaian penerimaan pembayaran digitalnya, GoBiz.

Menerusi kerjasama dengan Funding Societies, U Mobile bertujuan memperkasakan perusahaan mikro dan PKS tempatan serta pemilik perniagaan SOHO di Malaysia dengan memenuhi satu keperluan umum, iaitu kekurangan modal kerja untuk mengembangkan perniagaan. Menerusi laman web GoBiz, www.gobiz.com.my pelanggan U Mobile dan GoBiz dapat mengakses platform bantuan pembiayaan P2P Funding Societies yang mampu menyokong pertumbuhan pendapatan, serta menampung jurang aliran tunai jangka pendek dan turun naik pendapatan, lebih-lebih lagi dalam tempoh ekonomi yang mencabar ini. Di samping itu, mereka juga dapat menikmati fleksibiliti dari segi nilai pinjaman kerana Funding Societies menawarkan saiz pinjaman dari RM3,000 hingga RM1 juta.

Permohonannya sangat mudah kerana pemohon dapat menjalankan segala proses dalam talian menerusi laman web GoBiz. Malahan, pemohon yang merupakan pelanggan U Mobile atau GoBiz tidak perlu memberikan cagaran atau jumlah tahanan wang. Setelah menyerahkan semua dokumen yang berkenaan, pemohon akan mendapat notifikasi pantas dalam dua hari bekerja sahaja mengenai status permohonan mereka. Selain itu, pelanggan GoBiz juga dapat menikmati satu keistemewaan, iaitu mereka tidak perlu mengemukakan dokumen tambahan bagi membuktikan pendapatan sekiranya mereka mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan transaksi bulanan aktif dengan GoBiz.

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, berkongsi bahawa kerjasama dengan Funding Societies ini selari dengan komitmen U Mobile untuk merealisasikan potensi sebenar pelanggan mereka. “Menerusi kerjasama dengan Funding Societies, U Mobile menawarkan akses pembiayaan kepada pemilik perusahaan mikro, PKS dan SOHO di Malaysia. Pembiayaan ini bukan sahaja sangat bermanfaat bagi perniagaan yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank konvensional, malah relevan dalam tempoh pandemik global yang tidak menentu ini. Tambahan pula, perkhidmatan baharu ini sangat mudah, kerana segala proses dapat dijalankan dalam talian menerusi laman web GoBiz kami dalam masa kurang seminit! Kami berharap perkhidmatan ini dapat membantu PKS dan pemilik perniagaan SOHO Malaysia untuk meringankan tugasan pentadbiran supaya mereka mempunyai lebih masa dan sumber untuk mengembangkan perniagaan.”

Wong Kah Meng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, menegaskan pembiayaan digital semakin mendapat sambutan dalam beberapa tahun ini. Antaranya ialah pembiayaan P2P yang dapat membantu menampung jurang pembiayaan PKS dengan menyediakan sumber modal yang menarik untuk membiayai pengembangan PKS tempatan, serta memenuhi keperluan kewangan yang lain. “Walaupun PKS memberikan sumbangan penting kepada ekonomi negara, sebilangan besar PKS masih menghadapi kesukaran mendapat perkhidmatan daripada institusi kewangan tradisional. Justeru, misi kami adalah untuk membantu PKS ini berkembang menerusi pembiayaan perniagaan. Kerjasama kami dengan U Mobile akan meningkatkan akses pelanggannya kepada pelbagai pilihan pembiayaan menerusi platform GoBiz, dengan memanfaatkan infrastruktur teknologi proprietari kami untuk berhubung dengan U Mobile secara lancar. Ini dapat mendigitalkan dan meringkaskan proses permohonan PKS, seterusnya meningkatkan akses mereka kepada pembiayaan. Menerusi kerjasama ini, kami menyediakan peluang lebih besar kepada perniagaan yang sukar mendapat pembiayaan untuk memperoleh produk-produk pembiayaan kami yang disesuaikan dengan keperluan mereka.”

Perniagaan yang berkelayakan boleh menyerahkan permohonan menerusi platform GoBiz untuk menikmati manfaat-manfaat berikut daripada Funding Societies:

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM100,000 untuk Pembiayaan Mikro dan sehingga RM1 juta untuk Pembiayaan Jangka Masa Perniagaan
  • Pembayaran balik yang pantas dengan kelulusan secepat 2 hari bekerja
  • Tempoh pinjaman fleksibel antara 3 hingga 18 bulan
  • Keperluan dokumentasi yang minimum
  • Syarat jumlah tahanan (wang) dikecualikan
  • Kadar faedah yang kompetitif
  • Tiada syarat cagaran

Untuk permohonan atau maklumat lanjut, sila layari http://gobiz.com.my/p2p

Mengenai U Mobile

Di U Mobile, kami ingin membantu pelanggan mencapai potensi mereka tanpa had. Kami sentiasa berpaksikan inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dihargai pelanggan. Berbekalkan komitmen untuk mengembangkan jaringan 4G #BARULAHBEST kami, U Mobile berada di kedudukan baik untuk menaik taraf jaringan serta pengalaman pengguna, demi memberi keseronokan dan kebebasan yang tidak terhad kepada pelanggan kami. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari www.u.com.my atau hubungi khidmat pelanggan U Mobile di talian 018-388 131.

Mengenai GoBiz

GoBiz merupakan penyelesaian penerimaan pembayaran digital yang dihasilkan untuk pelbagai perniagaan. Kami membolehkan perniagaan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan untuk menjalankan pendigitalan serta mewujudkan peluang pertumbuhan baharu. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan GoBiz, sila layari www.gobiz.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan GoBiz di +6018 388 2929.

Mengenai Funding Societies Malaysia

Dilancarkan pada tahun 2017, Funding Societies Malaysia merupakan platform pembiayaan rakan setara atau Peer-to-Peer (P2P) pertama dan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Platform P2P ini menghubungkan PKS dengan pelabur menerusi platform dalam talian, justeru meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk PKS. Funding Societies juga beroperasi di Singapura dan Indonesia (dikenali sebagai Modalku), menjadikannya sebagai platform pembiayaan digital terbesar di Asia Tenggara. Funding Societies dan Modalku keduanya telah meraih lebih RM4.6 billion modal yang telah disalurkan kepada PKS di seluruh Asia Tenggara sejak penubuhannya. Untuk maklumat lanjut mengenai Funding Societies Malaysia, sila layari https://fundingsocieties.com.my.



Source link