Artikel Terkini

Kesan Kepada Kesihatan Apabila Tengok Telefon Sebelum Tidur


Tabiat kebanyakkan orang zaman sekarang, sebelum mata lena mesti nak layan telefon dalam keadaan gelap. Tapi sebenarnya rutin ini mengundang ancaman bukan sahaja kepada kesihatan malah emosi. Berikut antara kesan penggunaan telefon sebelum tidur yang dikongsikan di Page Facebook Say It.Safety

1. Mata Rosak

Telefon bimbit mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah merosakkan mata. menurut kajian American Macular Degeneration Association, cahaya biru ini merosakkan retina dan boleh menyebabkan rabun. Kajian ini menjelaskan kaitan diantara penggunaan handphone dan kehadiran katarak pada mata.Cara yang terbaik adalah menjauhkan telefon bimbit daripada diri ketika tidur serta mengurangkan level skrin pencahayaan bagi mengelakkan kerosakan mata.

2. Tidur Terganggu

Main handphone sebelum tidur juga menganggu kualiti waktu tidur. Pernah tak alami, rasa terlalu mengantuk tetapi bila main handphone terus hilang rasa mengantuk tu? Cahaya biru pada telefon tulah yang telah memanipulasi otak dan menyekat pengeluaran melatonin (hormon yang mempengaruhi kualiti tidur). Gangguan melatonin inilah yang menyebabkan tidur berjalan, tidur-tidur ayam dan insomnia.Pakar mencadangkan agar menutup segala peralatan elektronik sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu tidur bagi mengatasi masalah ini.

3. Tekanan

Tidur yang terganggu menyebabkan berbagai kesan seperti menyebabkan masalah fizikal dan tekanan. Bila tak cukup tidur, kita akan lesu dan letih keesokan harinya. Nak kerja pun tiada mood dan emosi turut terganggu.

4. Meningkatkan Risiko Kanser

Yayasan Kesihatan Dunia 2011 meletakkan telefon bimbit sebagai bahan karsinogen kepada manusia kerana adanya pancaran radiasi elektromagnet yang menyumbang kepada kanser. Risiko terjadinya kanser dengan penggunaan telefon bimbit masih dikaji tetapi pendedahan kepada cahaya biru yang lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan prostat.Pendedahan radiasi handphone ini juga meningkatkan risiko kanser otak, apabila handphone sering diletakkan berhampiran kepala ketika tidur.

5. Semakin Pelupa

Penggunaan handphone mampu menghilangkan memori jika digunakan dengan cara yang salah.Penggunaan telefon sebelum tidur dan gangguan tidur menjadikan kita semakin pelupa.Setiap malam, otak memerlukan rehat bagi memperbaiki kerosakan sel pada siang hari dan membentuk sel yang baru. Sebab itulah, kita akan selalu rasa tak mampu berfikir dengan betul jika tidak dapat tidur secukupnya pada malam hari.

Oleh yang demikian, elakkanlah penggunaan handphone sebelum tidur dan jauhkanlah ia daripada katil.Pastikan dapat tidur secukupnya serta gunakan telefon dalam pencahayaan optima.



Source link