Artikel Terkini

Kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh 6 Bilionaire Terkemuka Dunia


Kesilapan merupakan guru yang sangat baik untuk diri kita. Mengikut pandangan saintis terulung di dunia iaitu Albert Einstein “orang yang tidak melakukan kesilapan adalah orang yang tidak melakukan apa-apa yang baru”.

Orang yang tidak melakukan apa-apa yang baru bermaksud mereka tidak cuba untuk membangunkan atau meningkatkan lagi keupayaan diri mereka. Orang sebegini dikenali sebagai fixed mindset dan situasi ini berbahaya jika mereka merupakan seorang usahawan.

Mari kita lihat kesilapan yang pernah dilakukan oleh tokoh bilionaire terkemuka yang memberi pengajaran berguna kepada diri mereka dan juga kepada kita.

Sebenarnya kesilapan mereka ini menunjukkan bahawa bilionaire juga melakukan kesilapan seperti kita, dan kita tidak perlu takut untuk melakukan kesilapan. Yang lebih penting adalah kita mampu belajar daripada kesilapan dan bangkit semula.

1. Bill Gates

Merupakan pengasas syarikat gergasi dunia perkomputeran iaitu Microsoft. Beliau menyatakan kesilapan yang paling besar dilakukannya ketika di Microsoft adalah tidak membangunkan sistem operasi telefon pintar sendiri seperti Android.

Ini disebabkan kerana beliau tidak yakin bahawa telefon pintar mampu menggantikan komputer, namun sangkaan Bill Gates meleset sama sekali.

Sebaliknya Google dan Apple telah membangunkan sistem untuk telefon pintar dan memberi mereka kejayaan yang besar kepada mereka. Beliau yang menyatakan kesilapannya itu telah memberi impak yang sangat besar di mana Microsoft hilang penguasaan pasaran yang bernilai $400 billion di dalam industri telefon pintar.

2. Mark Zuckerberg

Menurut Mark Zuckerberg, kesilapan terbesar baginya adalah ketika skandal yang melibatkan pembocoran data maklumat peribadi pengguna Facebook pada tahun 2018 oleh Cambridge Analytica.

Facebook yang dituduh menggunakan maklumat peribadi pengguna Facebook ketika kempen pilihanraya presiden, yang menyaksikan Donald Trump berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Kesilapan tersebut telah menjejaskan saham Facebook dan juga nilai kekayaan dirinya. Mark mengaku bahawa Facebook perlu mengambil tindakan yang agresif bagi menangi masalah tersebut.

3. Warren Buffett

Warren Buffett  yang terkenal sebagai seorang pelabur lagenda juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Di antara kesilapnanya yang paling awal ketika melabur adalah dengan membeli syarikatnya sendiri iaitu Berkshire Hathaway.

Beliau yang melakukan kesilapan membeli syarikat tersebut pada harga yang tinggi, kerana harga saham telah dimanipulasi oleh pemilik asal. Warren yang berasa marah dengan tindakan itu telah membeli keseluruhan saham syarikat tersebut dan memecat pemilik syarikat tersebut yang bernama Seabury Stanton.

Warren yang kemudian menutup operasi tekstil syarikat tersebut yang pada tahun 1980-an kerana tidak memberi keuntungan kepadanya. Beliau sehingga kini masih mengekalkan nama syarikatnya itu dengan nama Berkshire Hathaway, bagi mengingati kesilapan di dalam pelaburan yang pernah dilakukannya.

4. Ratan Tata

Beliau merupakan seorang bilionaire dan Industrialist yang berasal dari India. Ratan adalah merupakan pemilik syarikat kenderaan terbesar di India iaitu Tata.

Di antara kesilapan terbesar di dalam perniagaannya adalah dengan memperkenalkan kenderaan yang bernama Nano Car. Kenderaan ini merupakan kenderaan asas untuk rakyat India tetapi diberi jolokan ‘kenderaan murah’.

Ia memberi imej yang teruk di pandangan mata orang India sendiri dan dia sepatutnya memperkenalkan kenderaan ini dengan nama kenderaan yang ‘mampu milik’.

Akibatnya, jualan kenderaan ini tidak berjaya menarik minat pembeli kerana sebagai takut digelar orang miskin kerana memakai kenderaan tersebut.

5. Elon Musk

Merupakan CEO kepada dua syarikat yang terkenal di Amerika Syarikat iatu Tesla dan Space X. Di antara kesilapan yang dilakukan di dalam perniagaan yang membuatkan dirinya menyesal adalah dengan tidak memberi sepenuh perhatian kepada Tesla pada awal penubuhannya, iaitu di antara tahun 2004 sehingga 2008.

Pada waktu ini Elon merupakan pelabur dan pengerusi untuk Syarikat Tesla. Beliau sedang sibuk dengan Space X ketika itu, sebuah syarikat penerokaan angkasa lepas yang dibangunkan olehnya pada tahun 2002.

Ketika krisis ekonomi berlaku pada tahun 2008, beliau telah mengambil alih tugas sebagai CEO untuk Tesla dan syarikat tersebut terus berada pada landasan yang betul dalam industri automotif.

6. Jack Ma

Jack Ma merupakan pengerusi syarikat e-commerce terbesar di Asia iaitu Alibaba, dan merupakan lelaki terkaya di Asia. Beliau telah menubuhkan Alibaba dari apartmen rumahnya pada tahun 1999.

Di antara kesilapan besar yang berlaku di dalam hidupnya adalah dengan menubuhkan syarikat Alibaba. Jack Ma terlalu fokus terhadap pengurusan syarikat tersebut sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri dan menikmati hidup.

Beliau yang merasakan itu tindakan kurang tepat, akhirnya telah mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 2018 dan digantikan dengan CEO baru yang bernama Daniel Zhang. Kini beliau kekal sebagai pengerusi Alibaba.

Sumber Rujukan: economictimes.indiatimes.com



Source link