Uncategorized

Ketahui 6 Rahsia Kenapa Orang Lain Mudah Beli Rumah


“Muda-muda lagi dah ada rumah sendiri, kenapa orang lain mudah sangat nak beli rumah?”

Kita sering terfikir bagaimana orang muda mudah membeli
rumah. Apatah lagi mereka adalah kawan baik kita sendiri yang kerja
biasa-biasa. Bukanlah tercabar tetapi pelik, senang sahaja boleh dapat rumah
idaman dan lulus pinjaman bank pula.

Jangan biarkan perasaan kagum anda menghantui diri dek ingin tahu sebabnya. Apa kata anda lihat sendiri sebab orang lain mudah beli rumah yang dikongsikan oleh pakar hartanah ini iaitu Dr Azizul Azli Ahmad.

1. Mempunyai Ilmu Hartanah

Pernahkah kita fikirkan bagaimana
cara untuk membeli rumah dengan mudah, tidak bukan? Kenapa kita tidak belajar
tentang caranya. Pendapat saya, ilmu hartanah adalah sangat penting sebelum
anda membeli rumah. 

Ilmu hartanah terdiri daripada
formula hartanah mudah, gaji dan pendapatan yang layak mendapatkan rumah, jenis
rumah, cara dapatkan pinjaman beli rumah dan lain-lain lagi. 

2. Semak Kelayakan Gaji Dan Rumah Kita

Ya, kita harus padankan gaji atau
pendapatan kita dengan jenis rumah yang ingin kita beli.  Mudah sahaja caranya, kita boleh singgah ke
mana-mana bank dengan membawa slip gaji untuk membuat semakan kelayakan rumah
yang mampu kita beli. Jika sudah ada rumah pertama, pasanglah impian untuk
membeli rumah kedua pula. Jangan pula ada hati nak tambah orang rumah!

3. Persediaan Deposit

Deposit adalah elemen penting, begitu juga dengan simpanan sebelum
membeli rumah. Buatlah simpanan bermula dari sekarang dengan menabung. Pasti
anda tak tergolong dalam golongan yang berkata “rumah mahal giler” lagi.

4. Jaga Rekod CCRIS Kita

Walaupun PTPTN kita mendapat penangguhan, ia tetap berjalan di dalam
rekod CCRIS kita. Jangan terkejut jika permohonan rumah pertama anda ditolak
oleh semua bank. Cepat-cepat hubungi pegawai PTPTN untuk mula membayar dengan
baik.

5. Cantikkan Debt Service Ratio (DSR)

Jika kita sudah mempunyai komitmen pinjaman peribadi, tiba-tiba kita
dapatkan pula kereta idaman harga bulanan separuh daripada gaji kita, DSR kita
menjadi tidak cantik.  Sepatutnya, kita
harus awal-awal beli rumah dahulu.

 6. Tangguh Buat ASB Financing

ASB adalah pelaburan yang baik tetapi jika anda berniat untuk beli rumah
dalam tahun ini, tangguhkan dahulu ASBF supaya rekod CCRIS anda lebih
baik.  Mohon loan rumah sehingga berjaya
dahulu, kemudian barulah buat ASBF!

Ramai gadis-gadis suka lelaki yang ada rumah sendiri sebelum membuat keputusan untuk menjadi teman hidup. Itulah fakta sebenar! Kalaupun anda sudah berumah tangga, jangan biar umur meningkat baru fikirkan soal aset rumah. Belilah sekarang sementara harga rumah tidak menaik dengan tinggi lagi seiring masa.

Semak Kedudukan Kewangan Dengan Laporan Kredit

Anda mungkin berasa bahawa anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tetapi adakah pihak bank atau institusi kewangan mempunyai pandangan yang sama?

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan anda secara online.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti :

✔️ i-Score (skor kredit)
✔️ CCRIS
✔️ SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA)
✔️ PTPTN
✔️ Maklumat pinjaman dari syarikat bukan berkaitan perbankan

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line. Dalam 15 minit inshaAllah siap.

Komen

komen





Source link