Artikel Terkini

Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental



KUALA LUMPUR: Metreka yang menghadapi masalah kesihatan mental perlu tahu kepada siapa untuk meminta bantuan bagi menanganinya dan dalam hubungan ini, Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) sentiasa bersedia untuk membantu.

Pakar Perunding Psikiatri UMSC, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak harus kecewa kerana bantuan tersedia selagi mereka datang ke tempat yang betul.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Simposium Kesihatan Mental 2019 anjuran UMSC di sini, hari ini.

Lebih 100 orang menyertai acara tersebut yang menzahirkan sokongan mereka dalam mendapatkan maklumat dan wawasan mengenai subjek itu.

Sementara itu, Dr Amer Siddiq berkata program hari ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami sebagai sebuah hospital dan juga universiti kepada orang ramai terhadap agenda kesihatan mental.

“Kami mempunyai lapan hingga 10 pakar psikiatriyang memiliki pelbagai kepakaran dengan menawarkan khidmat tiga sesi sehari bagi mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

— BERNAMA





Source link