Uncategorized

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 1


Pengiklanan merupakan satu bentuk perniagaan yang telah bertapak lebih dari seratus tahun. Pengiklanan merupakan nadi utama dalam mana-mana perniagaan.Jika dahulu pengiklanan dilakukan dalam akhbar cetak dan merupakan salah satu punca pendapatan bagi akhbar-akhbar cetak.

Syarikat pencetakan suratkhabar dapat membuat keuntungan melalui pengiklanan yang dijalankan di dalam akhbar selain daripada penjualan suratkhabar itu sendiri.

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 2
Contoh pengiklanan oleh media cetak pada suatu ketika dahulu. Iklan sebegini amat berkesan sebelum lahirnya media sosial

Zaman sekarang bergerak begitu pantas. Pengiklanan bercetak kini tidak lagi memdominasi sektor pengiklanan di dalam perniagaan era digital. Syarikat Facebook dan Google merupakan jaguh dalam pengiklanan pada era digital.

Hampir keseluruhan  pendapatan yang dijana oleh syarikat tersebut adalah melalui perkhidmatan iklan yang mereka jalankan. Kedua syarikat itu saling bersaing di antara satu sama lain melalui periklanan tetapi meggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyediakan perkhidmatan pengiklanan untuk pelanggan mereka.

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 3
Pengiklanan Facebook amat digemari oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang menjalankan perniagaan online

Syarikat Facebook yang menjalankan perkhidmatan pengiklanan melalui media sosialnya berdasarkan demografi dan data pengguna syarikat mereka. Iklan yang dijalankan oleh Facebook adalah lebih tepat kepada golongan sasaran kerana mereka mempunyai bilangan data pengguna yang menggunakan media sosial mereka yang disimpan dalam pengkalan data mereka.

Syarikat Facebook menjana keuntungan berbilion dollar daripada perkhidmatan pegiklanan mereka. Pada tahun lepas, hampir 89% pendapatan yang dijana oleh Facebook adalah bagi perkhidmatan pengiklanan mereka.

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 4
Pegiklanan Google juga popular di kalangan rakyat Malaysia

Bagi Syarikat Google pula, mereka menjalankan iklan mereka melalui carian internet melalui AdWords. Seperti yang kita tahu Google merupakan syarikat yang paling menonjol dalam carian di internet.

Iklan mereka jalankan adalah berdasarkan carian yang digunakan oleh pengguna internet. Kata kunci yang digunapakai dalam carian internet merupakan alat yang digunakan untuk menjalankan iklan mereka.

Selain daripada pengiklanan melalui carian internet, Syarikat Google juga  menjalankan iklan melalui media sosial yang terkenal mereka iaitu YouTube. Kebanyakan iklan yang dijalankan melalui YouTube adalah dalam bentuk video.

Pendapatan hasil daripada pengiklan bagi syarikat Google mencecah 84% punca pendapatan syarikat.

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 5
Kehadiran media sosial yang lebih kecil telah mencabar pasaran pegangan yang dimiliki oleh syarikat Google dan Facebook

Kini dominasi kedua syarikat itu tergugat dengan kehadiran media sosial yang lebih kecil yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna  baru. Syarikat media sosial yang baru ini semakin berjaya dalam perkhidmatan iklan mereka yang mana telah mengurangkan sedikit penguasaan syarikat gergasi Google dan Facebook dalam pengiklanan digital.

Syarikat media sosial yang baru meningkat naik seperti Snapchat, Pintrest, Amazon dan Twitter.

Syarikat Pinterest yang paling menonjol dengan pendapatan suku tahun ketiga mencatatkan peningkatan sebanyak 62% daripada pendapatan syarikat. Dalam platform mereka, Pinterest merupakan sebuah laman sosial yang melibatkan perkongsian gambar di media sosial.

Apa yang menarik mengenai syarikat Pinterest ini adalah, pengasas syarikat tersebut adalah bekas pekerja di Facebook dan juga Google.

Tempat kedua pula dikuti oleh laman sosial Snapchat yang mendapat keuntungan sebanyak 48% dan dikuti oleh Syarikat Amazon yang mendominasi sebanyak 37%.

Syarikat Amazon merupakan syarikat yang mempunyai sumber pendapatan melalui pelbagai sumber dan terakhir sekali adalah Twitter yang memperolehi pendapatan sebanyak $727 juta.

Pengiklanan yang melibatkan dunia digital ini mempunyai pasaran yang sangat luas sehingga  mencecah sebanyak $333.25 bilion untuk tahun ini sahaja. Pasaran yang begitu luas membuatkan syarikat media sosial berlumba-lumba untuk  memberi perkhidmatan yang terbaik keppada pelanggan mereka.

Penguasaan terhadap pengiklanan digital untuk suku tahun ketiga bagi Syarikat Facebook hanyalah 28% pasaran dan Google menguasai pasaran pengiklanan sebanyak 15%.

Jika perkara ini tidak dipandang serius oleh Syarikat Google dan Facebook, tidak mustahil suatu hari nanti pasaran pengiklanan mereka akan diambil oleh syarikat media sosial yang sedang meningkat naik ini.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2019/08/02/facebook-and-googles-ad-dominance-is-showing-more-cracks.html

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 6

Keuntungan Pengiklanan Facebook Dan Google Merosot Akibat Persaingan Dengan Syarikat Media Sosial Yang Lebih Kecil 7

Komen

komen





Source link