Artikel Terkini

Khasiat Tersembunyi Bunga Raya Putih Yang Mungkin Ramai Tak Sedar


Pokok bunga raya yang biasanya ditanam sebagai pokok hiasan ini juga merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak mempunyai bau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini juga digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Khasiat Bunga Raya Putih

Pokok bunga raya ini banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih. Daun bunga raya putih boleh menyejukkan suhu badan. Caranya ialah dengan merendam daunnya di dalam air. Ramas daun berkenaan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian rendam tuala kecil di dalam air daun bunga raya putih yang telah diramas itu. Ambil sisa daun bunga raya yang ada di tuala kecil tersebut dan pupukkan di dahi pesakit yang demam.Insyallah suhu akan menurun dan ia juga dapat melegakan suhu panas di dalam badan kita.Selain itu daun bunga raya boleh mengatasi masalah rambut gugur. Caranya ialah bersihkan daun bunga raya terlebih dahulu dan ramas daun bunga raya di dalam baldi sehingga keluar air yang kehijauan. Basuh rambut menggunakan air tersebut selama beberapa minit dan kemudian bolehlah dibilas.Amalkan untuk beberapa ketika untuk melihat hasilnya.


Kajian dan penyelidikan telah dibuat dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana bunga raya mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap kolestrol di dalam badan kita.

daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.

bunga raya direbus dgan air mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.

kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
-ditampal pd masalah bisul

air rebusan kudup bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.

Daun muda dan pucuknya:
-disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

Daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.

-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dari hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.

-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak

MENGHILANGKAN KELEMUMUR, MENGHITAMKAN SERTA MENGILATKAN RAMBUT
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.
4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala “uols” ya…
5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut “uols” dengan menggunakan air bersih.
MENGURANGKAN PANAS BADAN
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja.
2. Ramaskan daun tadi dengan menambah sedikit air.
3. Kemudian, “uols” lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.
4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, “uols” boleh demahkan saja air ramasan tersebut di atas kepala.

SUMBER



Source link