Uncategorized

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 1


Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad telah mengeluarkan laporan bertajuk KHAZANAH ANNUAL REVIEW 2019: 2018 in Review & Khazanah’s Refreshed Mandate yang bertarikh 5 Mac 2019. Melalui laporan inilah, kita dapat lihat bagaimana Khazanah berdepan dengan kerugian sebanyak RM6.3 bilion pada tahun 2018, berbanding keuntungan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2017.

Bagi siapa yang kenal siapa Khazanah ni, Khazanah Nasional Berhad ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Mereka diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 2

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Mengapa Tahun 2018 Begitu Teruk Sekali?

Daripada positif, bertukar menjadi negatif. Bukan sikit, tetapi banyak. Jadi apakah puncanya?

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 3

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Di antara sebab-sebabnya ialah:

  • Pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan
  • Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China
  • Kenaikan kadar faedah Federal Reserve
  • Ketidaktentuan harga minyak dunia
  • Brexit

Bukan itu sahaja, pasaran saham Malaysia yang diwakili indeks FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak 9.16% pada tahun 2018.

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 4

Tengok saja pegangan saham Khazanah terhadap syarikat-syarikat terkemuka seperti di atas. Banyak juga syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Apabila pasaran saham Malaysia dan antarabangsa tak ‘perform’, maka besarlah kerugian yang dialami Khazanah.

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 5

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Tengok saja dalam negara, syarikat-syarikat gergasi di mana Khazanah menjadi pemegang saham yang besar seperti Axiata, Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional (TNB), IHH Healthcare, CIMB dan Malaysia Airports turut mencatatkan penurunan.

Bawa Bertenang, Pertumbuhan Jangka Masa Panjang Masih Baik

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 6

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Bagi pertumbuhan jangka masa panjang Khazanah, kenaikan sebanyak 11.0% setiap tahun adalah buktinya. Jadi tak perlu panik jika setahun rugi, kalau dah bertahun-tahun untung.

5 Strategi Khazanah Untuk Memulihkan Keadaan

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 7

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 8

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 9

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 10

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 11

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 12

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

FBMKLCI Pun Ada Kitaran 10 Tahun, Dan 2019 Dijangka Meningkat Naik

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 13

Sejarah juga membuktikan bahawa tahun 1989, 1999 dan 2009, pasaran saham Malaysia telah mencatatkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Oleh itu, bersama-sama kita doakan agar tahun 2019 ekonomi akan kembali pulih.

Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005 14

Komen

komen





Source link