Artikel Terkini

Khazanah Nasional Catat Keuntungan RM7.3 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah


Khazanah Nasional Berhad adalah dana kekayaan kerajaan
Malaysia. Ia diamanahkan untuk meningkatkan kekayaan jangka panjang negara
melalui objektif komersial dan strategik dengan yang berbeza. Objektif komersil
Khazanah adalah untuk mengembangkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber
pendapatan negara.

Sementara itu, objektifnya adalah untuk memegang aset strategik yang dapat membawa manfaat kepada ekonomi untuk jangka masa yang panjang. Pelaburan Khazanah menekankan untuk mencapai pulangan kewangan yang disesuaikan dengan risikonya. Tanpa disedari, ia mengintegrasikan pertimbangan pelaburan yang beretika dan bertanggungjawab.

Untuk rekod, Khazanah Nasional mencatatkan keuntungan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2017, namun jatuh merudum sehingga kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018.

Kenali
Khazanah Dan Pencapaiannya

Tahukah anda, Khazanah juga merupakan ahli Forum
Antarabangsa Dana Kekayaan Berdaulat yang mengekalkan dan mempromosikan Prinsip
Santiago. Prinsip Santiago adalah mengenai amalan terbaik dalam menguruskan
dana kekayaan berdaulat. Khazanah juga menandatangani Prinsip Pelaburan
Bertanggungjawab (UNPRI) yang disokong Bangsa-Bangsa Bersatu.

Khazanah juga menandatangani Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi dan ahli Majlis Pelaburan Institusi Malaysia (IIC), ahli FCLTGlobal (Modal Berfokus pada Jangka Panjang) dan Ikrar Integriti Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ianya (Khazanah) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993. Khazanah dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Khazanah ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri
daripada wakil dari Kerajaan dan sektor korporat dengan latar belakang dan kepakaran
profesional masing-masing.

Keuntungan
Khazanah Sepanjang Tahun 2019

Setelah berakhirnya kemelut politik di negara kita
baru-baru ini, Khazanah pada hari ini telah mengumumkan jumlah keuntungan
keseluruhannya sepanjang tahun 2019. Jumlah keuntungan yang direkodkan bagi
Khazanah telah diumumkan sebanyak RM7.36 bilion dimana jumlah ini mengejutkan
pelbagai pihak.

Berdasarkan perbandingan yang dibuat dengan tahun
2018, laporan menunjukkan Khazanah telah menanggung kerugian operasi sebanyak
RM 6.27 bilion. Manakala pada tahun 2019 pula, ianya mencatatkan keuntungan
syarikat tertinggi sepanjang sejarah penubuhan. Jumlah hutang juga telah
dikurangkan sebanyak 17% daripada RM55.2 bilion kepada RM45.8 bilion pada tahun
2019.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, hasil daripada pelupusan meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion. Namun, penurunan nilai pada RM4.9 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun sebelumnya. Khazanah Nasional juga mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion untuk tahun 2019.

KHAZANAH TO DIVEST PRINCE COURT MEDICAL CENTRE SDN BHD (“PCMC”) TO IHH HEALTHCARE BERHAD (“IHH”)

Dengan unjuran keuntungan pada tahun ini, Pengarah Urusan Khazanah mengatakan bahawa tahun ini akan menjadi tahun yang mencabar buat mereka. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan penularan virus COVID-19.

Walau bagaimanapun, Khazanah akan terus mempelbagaikan
lagi dana komersial dan bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan jumlah
keuntungan syarikat ini.

Sumber Rujukan:

  1. Khazanah Annual Review 2020
  2. The Vocket
  3. Astro Awani



Source link