Artikel Terkini

Khidmat Nasihat Persaraan Dari KWSP


Khidmat Nasihat Persaraan merupakan rancangan jangka masa panjang daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan perkhidmatannya dalam membantu ahli-ahli memilih pilihan persaraan yang terbaik untuk mereka.

Tujuan Dan Objektif Khidmat Nasihat Persaraan KWSP

Ia juga bertujuan untuk membimbing ahlinya menjadi celik kewangan sambil menambah simpanan persaraan mereka. Selain itu, KWSP turut menjalankan program kesedaran dan pendidikan asas kewangan persaraan untuk mereka yang memerlukannya.

Khidmat Nasihat Persaraan atau pun disingkatkan namanya kepada Retirement Advisory Service (RAS) telah dilancarkan pada tahun 2014 yang lalu. Perkhidmatan ini merupakan yang pertama kalinya diperkenalkan di Asia Tenggara.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, ianya adalah percuma dan sebarang nasihat yang diberikan adalah berdasarkan kerjaya, usia dan juga jangkaan.

4 Fakta Membimbangkan Mengenai Simpanan KWSP

  1. 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
  2. Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
  3. Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
  4. 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.

Bila kita tahu betapa seriusnya masalah yang melanda rakyat Malaysia seperti di atas, maka buatlah sesuatu sebagai persediaan untuk menempuh hari persaraan kita nanti.

Rundingan Perancangan Persaraan

KWSP menawarkan perundingan perancangan persaraan kepada mereka yang memerlukan. Seperti yang kita tahu, kebanyakan mereka yang bersara sememangnya tidak merancang apa yang perlu dilakukan selepas bersara.

Dengan adanya perunding perancangan persaraan, ia dapat membantu anda membuat perancangan yang terbaik selepas bersara nanti.

Rundingan Perancangan Kewangan

KWSP juga menawarkan perundingan perancangan kewangan kepada mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan kewangan. Khidmat rundingan perancangan kewangan ini disediakan berikutan ramai pesara gagal menguruskan wang caruman mereka apabila telah masuk 4 hingga 5 tahun selepas bersara.

Kebanyakan daripada mereka telah menghabiskan wang untuk berbelanja barang yang tidak perlu. Antaranya membeli peralatan video, sofa, perabut atau barangan yang mahal namun nilainya akan menurun dari tahun ke tahun.

Jadi, dengan adanya perunding perancangan kewangan ini, ia dapat membantu anda menguruskan wang dengan lebih bijak, berkesan dan teratur. Mungkin kita merasakan wang tersebut sepatutnya kita belanjakan sesuka hati kerana ia adalah wang caruman kita.

Fikir-fikirkanlah, tanpa perancangan kewangan yang berkesan, bagaimana dengan hidup kita dalam 4 atau 5 tahun selepas bersara nanti.

Rundingan Produk Dan Perkhidmatan KWSP

Menariknya lagi, KWSP juga menyediakan khidmat perunding produk dan perkhidmatan KWSP. Ia bertujuan bagi membantu anda meningkatkan lagi nilai wang caruman anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan membuka perniagaan baru dengan wang tersebut, maka pihak perunding KWSP akan mengesyorkan perniagaan apakah yang patut anda buat.

Kesimpulannya, KWSP telah menawarkan banyak inisiatif kepada semua orang terutamanya mereka yang hampir bersara dan telah bersara. Ianya bukan untuk mengawal wang caruman KWSP anda, tetapi ingin menyelamatkan anda dari kehabisan wang selepas bersara.

Jom jadi bijak dengan mendapatkan khidmat nasihat persaraan dari KWSP ini.

Sumber Rujukan:

This image has an empty alt attribute; its file name is suri-rumah-bangkit1.jpg

Anda Berkeinginan Nak Selesaikan Hutang?

Semua orang nak sangat bayar dan selesaikan hutang.

Tapi setiap kali nak bayar, pasti akan ada halangan yang tak dijangka maka pembayaran hutang juga tertangguh.

Hutang yang semakin bertambah dan tidak dapat dibayar akan buat kita semakin stress akibat tekanan yang dihadapi.

Jadi bagaimana cara nak bayar hutang yang ada?

Anda boleh belajar dari kisah seorang suri rumah ni melangsaikan hutangnya sebanyak setengah juta yang ditanggungnya.

Dapatkan eBook Suri Rumah Bangkit Hutang ½ Juta Selesai hari ini.



Source link