Uncategorized

Kinesis Lancar Kinesis Mint – Emas dan Perak Fizikal pada Rantaian Blok

Kinesis Lancar Kinesis Mint - Emas dan Perak Fizikal pada Rantaian Blok 1


LONDON, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ — Hari ini, Kinesis Money mengumumkan pelancaran platform berasaskan rantaian blok canggihnya, Kinesis Mint. Kinesis Mint, yang akan mengukuhkan kedudukan Kinesis dalam pasaran sebagai pengusaha teknologi kewangan global yang mengagumkan, merupakan platform yang membolehkan pengguna mencipta mata wang digital Kinesis, mewujudkan KAU (1 gm emas) & KAG (1 auns perak).

Kinesis Money ialah satu sistem monetari berevolusi yang menggunakan hartanah emas dan perak sebagai asas untuk mata wang digital. Mata wang ini menyediakan peruntukan bulion fizikal 1:1, dengan bayaran transaksi terkumpul setiap kali mata wang dihantar, dibelanjakan atau didagangkan, kemudiannya diagihkan semula secara berkadar kepada pemegang mata wang dan token Kinesis, sebagai penggunaan yang memberi insentif hasil berasaskan halaju.

“Penempaan” ialah proses mencipta mata wang Kinesis dengan mendepositkan wang fiat bagi membeli bulion atau mendepositkan bulion sedia ada kepada Kinesis Mint. Logam fizikal kemudian dipancarkan pada ‘fork’ buatan khas mereka pada rantaian blok stellar dan dipaparkan pada eDompet pengguna; memudahkan pengiriman wang melalui rantaian blok stellar, yang membolehkan transaksi global dibuat melibatkan lebih 3000 transaksi sesaat dengan masa penyelesaian selama 3-5 saat pada kadar rata 0.45%.

Menerusi perkembangan terkini yang menimbulkan persoalan tentang kebolehlaksanaan USD dan syiling stabil berasaskan tunai, mungkin inilah masa yang ideal untuk menerima syiling stabil berasaskan emas. Syiling yang dikendalikan oleh sebuah syarikat institusi dan bertanggungjawab secara komersial.

Kinesis merevolusikan industri logam berharga dengan menyingkirkan bayaran untuk penyimpanan bulion emas dan perak fizikal, selain menyediakan pemegang dengan model hasil perkongsian bayaran berbilang fungsi yang memberi lebih nilai kepada pemegang emas dan perak melalui hasil ini.

Thomas Coughlin, Ketua Pegawai Eksekutif Kinesis Money, mengulas: Ia merupakan detik yang amat penting buat kami; Kinesis Mint ialah langkah pertama yang bersejarah bagi pelancaran sistem monetari rintis kami. Peralihan global ke arah mata wang digital terpencar semakin pantas berlaku dan Kinesis Money menjadi pendahulu dalam bidang logam berharga. Walaupun berlakunya ketidakpastian dan mata wang yang tidak menentu, mata wang Kinesis baharu memberikan platform kewangan yang stabil dan boleh dipercayai yang dicari-cari oleh pengguna moden.” 

Menerusi penelitian dalam pasaran mata wang kripto, turun naik harga yang teruk, syiling stabil seperti Kinesis memberikan kegunaan dunia sebenar untuk menangani kebimbangan utama dalam mata wang digital.

Kinesis telah memilih untuk membuka tawaran token mereka bagi memberikan orang ramai dengan masa sebanyak mungkin untuk memaksimumkan penyertaan mereka sebelum ditutup pada 30 Jun. Telahpun terjual sebanyak lebih 65,000 daripada Token Halaju Kinesis (KVT) idamannya, sejak Februari 2018, KVT menjadi semakin popular memandangkan ia mengganjari peserta-peserta dengan kadar bahagian yang bermurah hati sebanyak 20% daripada bayaran transaksi yang diperoleh.

Kinesis berkata ia teruja untuk meneruskan dengan pelancaran produk berbilang fasa, yang mana menjelang suku keempat tahun 2019 ia bakal menyaksikan dua lagi pelancaran teknologi.

Thomas menyambung: Menjelang pelancaran Kinesis Exchange yang telah lama dinanti-nantikan dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja, Kinesis Mint akan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha utama dalam pasaran simpanan bulion dan logam berharga untuk membawa logam mereka ke dalam ekosistem Kinesis, dengan harapan untuk memperoleh aliran pendapatan berpotensi tambahan pada pemegangan mereka. Kinesis Mint merupakan langkah penting ke arah pelancaran penuh Sistem Monetari Kinesis termasuk kad debit VISA kami dan kami tidak sabar-sabar untuk memperkenalkan produk-produk masa depan merentas kawasan-kawasan tambahan.”

Pelancaran teknologi seterusnya, Kinesis Exchange, dijadualkan pada Julai 2019, membolehkan peserta-peserta mendagangkan pelbagai mata wang kripto dan mata wang fiat terhadap KAU dan KAG; menjana halaju dan hasil kepada penempa wang dan pemegang logam dengan Kinesis.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.kinesis.money

Sumber: Kinesis Money

Pautan Berkaitan:

Kinesis Lancar Kinesis Mint - Emas dan Perak Fizikal pada Rantaian Blok 2

Komen

komen





Source link