Artikel Terkini

Kisah Di Sebalik Jenama Panasonic


Konosuke Matsushita adalah kisah disebalik kejayaan
Panasonic. Beliau merupakan usahawan sejati yang bermula dengan idea palam
elektrik dan akhirnya mencipta jenama Panasonic yang amat popular di seluruh
dunia.

Beliau bahkan terlibat dalam usaha perniagaan lain
yang menguntungkan. Paling mengejutkan, kekayaan beliau juga telah melebihi USD
3 bilion.

Kisah
Hidup Konosuke Matsushita

Tidak ramai orang tahu mengenai Matsushita kerana dia tidak mempunyai banyak publisiti seperti pengusaha terkemuka lain pada masa itu. Sama seperti usahawan berjaya yang lain, Konosuke Matsushita mempunyai sifat rendah diri. 

Beliau dilahirkan di sebuah kampung yang kecil di Jepun. Beliau telah bekerja pada usia yang sangat muda iaitu 9 tahun kerana masalah keluarga. Matsushita penah bekerja di Osaka Light.

Di sana, beliau dengan cepat mendapat kenaikan pangkat dan akhirnya bertugas sebagai pemeriksa elektrik. Pencapaian beliau ketika itu adalah kejayaan mencipta soket cahaya baru yang jauh lebih baik daripada yang sedia ada di pasaran pada masa itu.

Bukan senang untuk beliau memasarkan produknya kerana pemborong tidak mahu bekerjasama dengannya, walaupun mereka mengakui bahawa mentolnya lebih bagus. Menjelang tahun 1922, syarikat Konusuke memperkenalkan barangan baru dalam talian. Beliau sangat tekad untuk mengembangkannya dan menggunakan strategi baru.

Strategi Perniagaan Konosuke
Matsushita

Strategi perniagaannya telah berjaya dan semua yang dibuatnya lebih baik daripada pesaingnya. Matsushita mengetahui bahawa produk yang dilancarkannya harus lebih rendah harganya sebanyak 30% dan lebih baik dari segi kualiti sebanyak 30% agar usahanya berjaya.

Pada awal perniagaan, beliau hanya memberikan produk
baru sehinggalah dapat menjual lebih banyak barang seiring berjalannya
waktu.  Matsushita bijak mengkaji dan
membuat perbandingan akan produk dan pasaran.

Beliau tahu dengan mencipta sesuatu yang bagus akan
dapat menaikkan mutu syarikatnya. Itulah sebabnya beliau berusaha menciptakan
“Bullet Lamp” dan pelbagai lagi barangan selepas kejayaan lampu
tersebut.

Pengurusan
Yang Berkesan, Lain Dari Yang Lain

Kemelesetan Ekonomi Besar pada tahun 1930 menyebabkan
penurunan jualan yang dramatik. Matsushita membuat keputusan penting dimana
beliau tidak akan memberhentikan pekerjanya. Beliau telah fokus pada keputusan
yang lain untuk memastikan syarikatnya terus bertahan.

Beliau telah mengurangkan waktu kerja sebanyak 50% dan
masih membayar pekerjanya dengan sepenuhnya. Satu-satunya permintaan beliau
adalah para pekerja harus membantu menjual tunggakan stoknya. Kejayaan
Panasonic pada ketika itu adalah disebabkan oleh kerjasama antara pekerjanya
yang memainkan peranan penting.

Kesan
Perang Dunia Kedua Terhadap Syarikat Matsushita

Perang Dunia Kedua telah memusnahkan negara Jepun,
sekaligus memberi kesan kepada syarikat-syarikat di negara tersebut. Syarikat
Matsushita telah kehilangan banyak perjanjian pembuatan kerana kekalahan Jepun
dalam peperangan tersebut. Mereka terpaksa menghadapi sekatan tambahan.

Beliau bekerja keras untuk mendapatkan kembali
kepercayaan orang ramai kerana beliau berpendapat bahawa syarikat itu boleh
menjadi peneraju elektronik dunia. Beliau dengan perlahan-lahan membina semula
syarikat sehingga terus berkembang dan seterusnya membeli syarikat lain.

Ini membawa kepada kejayaan Panasonic dalam
menghasilkan TV hitam putih pertama pada tahun 1952. TV warna pertama pula
muncul pada tahun 1960 dan ketika itulah kejayaan Panasonic mula terpahat dari
satu barangan ke satu barangan yang lain.

Kesimpulannya,

Kejayaan Panasonic didorong oleh falsafah Matsushita yang kuat serta strateginya yang bijak. Selain itu, kejayaan Panasonic yang lainnya disebabkan oleh sikap pengurusan syarikat yang menjadikan kakitangan pekerja seperti sebuah keluarga.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.xpertmoney.com
  2. https://www.entrepreneur.com
  3. https://steemit.com



Source link