Artikel Terkini

Kisah Penuh Inspirasi Jack Ma Dalam Buku ‘Never Give Up’


Kisah inspirasi dari Jack Ma tidak putus-putus untuk kita ambil sebagai iktibar. Kali ini, buku berjudul ‘Never Give Up: Jack Ma in His Own Words’ hasil suntingan dari Suk Lee dan Bob Song (edisi Bahasa Melayu) mengutarakan kisah kegagalan Jack Ma dalam kehidupan dan kerjayanya sebelum menjadi orang yang berjaya.

Ramai yang tak pernah tahu apa kegagalan yang telah dialami
oleh seorang jutawan terkemuka ini. Sudah pasti kejayaan sentiasa berada
manusia, namun siapa tahu beliau juga pernah kerap-kali menempuhi kegagalan
sebelumnya.

Kejayaan Jack Ma Hasil Daripada Kegagalan Lama

Kejayaan yang dikecapi Jack Ma pada hari ini sehingga
tertubuhnya syarikat gergasi Asia adalah disebabkan oleh pengajaran dan
kegagalan lama. Siapa sangka pengasas syarikat secara atas talian, Alibaba ini
bukanlah golongan yang kaya-raya dan berpengaruh ketika kecil dahulu.

Biarpun syarikat perusahaannya telah mencatat rekod sebagai tawaran saham awam yang terbesar di dunia, beliau tetap bermula dari bawah dan orang biasa-biasa sahaja sebelumnya.

Dengan pendiriannya yang tegas, beliau mempunyai prinsip kehidupan di mana, apa sahaja yang berlaku, diri sendiri adalah faktor utama yang perlu dibaiki dan diberi perhatian. 

Begitu juga ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Jack Ma menjadi tumpuan utama kerana beliau memaklumkan kepada CNBC bahawa Amerika tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri bagi isu-isu berkaitan ekonomi.

Jack Ma juga telah menetapkan matlamat jangka masa panjang untuk mewujudkan 10 juta perniagaan yang menguntungkan serta 100 juta pekerjaan dalam tempoh 20 tahun yang akan datang.

Terkenang
Akan Kegagalan Dahulu

Tahukah anda, kegagalan Jack Ma suatu masa dahulu adalah dari
segi kerjaya di luar sana. Sebaik sahaja tamat pengajian, Jack Ma memohon 30
pekerjaan yang berbeza, tetapi kesemuanya telah ditolak mentah-mentah oleh
majikan. 

Dalam buku Never Give Up, beliau turut berkongsi akan kegagalan dalam memohon kerja sebagai pihak polis, namun beliau dikatakan tidak layak.

“Saya juga pergi ke KFC apabila ia sudah ada di bandar saya. Dua
puluh empat orang pergi untuk kerja. Dua puluh tiga telah diterima, hanya saya
seorang sahaja yang ditendang.”

“Saya juga pernah memohon 10 kali untuk melanjutkan pengajian di
Harvard Business School, tetapi tetap juga ditolak.”

Kegagalan Jack Ma pada masa lalu juga
dikatakan kerana beliau tidak bijak pandai dan dilihat sebagai orang yang
biasa-biasa, tidak pandai dan yakin. Apatah lagi jika melihat penampilannya
yang miskin.

Pasti anda tidak menyangka bahawa Jack Ma berasal dari keluarga miskin di daerah Hangzhou, kawasan Zhejiang, China. Pada umur 12 tahun, Jack Ma sudah tertarik untuk belajar bahasa Inggeris.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah hotel di Danau Hangzhou, sekitar 160 kilometer dari Shanghai. Sejak itu, pemikirannya lebih terbuka dan matang berbanding dengan teman-teman yang sebayanya.

Kegagalan
Berubah Kepada Kejayaan ‘Never Give Up’

Dengan kegagalan yang ditempuh satu demi satu, beliau akhirnya bangkit dan terus berjaya. Ya, bagaikan mimpi, Alibaba.com telah memecah tembok e-dagang dunia sekitar 2014 malah jumlah transaksi atas talian Alibaba turut mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Ebay dan Amazon.

Kisah kegagalan bertukar kepada kisah kejayaan ini adalah pengalaman yang dilalui Jack Ma yang tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.

Sumber Rujukan: Book Cafe

Iklan


Iklan



Source link