Artikel Terkini

Kita Kena Kurangkan Waktu Kerja Dan Tingkatkan Produktiviti


Berdasarkan kajian Universiti Ohio, waktu bekerja 8 jam adalah style classic Amerika. Kebanyakan pekerja bekerja selama 47 jam ke 50 jam seminggu.

Statistik daripada Gallup pula menunjukkan hanya 8% pekerja sepenuh masa yang bekerja kurang dari 40 jam seminggu. Jumlah masa bekerja bagi setiap pekerja berbeza bergantung kepada industri dan cara struktur mereka bekerja.

12% daripada pekerja memiliki dua pekerjaan dan sebanyak 1% yang mempunyai lebih daripada dua pekerjaan.

Produktiviti vs Waktu Bekerja

Pakar menyatakan bahawa 40 jam watu bekerja adalah tidak ideal bagi seorang manusia untuk fokus dan menjalankan tugas. Ketika zaman dahulu, seorang pekerja boleh bekerja sehingga 16 jam sehari, kini 8 jam adalah waktu standard yang dipersetujui oleh ramai pengilang.

Sebagai contoh, pada tahun 1914 pihak Ford Motor Company mengambil inisiatif dengan memendekkan waktu pekerjaan dan menaikkan gaji pekerja sebanyak 2 kali ganda. Kesannya, produktiviti meningkat dan pekerja menjadi lebih fokus dan hasil kerja yang ditunjukkan adalah lebih baik apabila mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Otak manusia akan bekerja lebih baik apabila mengambil waktu rehat setiap 15 minit selepas 1 jam fokus melakukan sesuatu.

Untuk trend pekerja terkini, banyak gangguan ketika bekerja akan berlaku seperti membaca berita dan gosip panas di laman web. Ianya dikatakan mengambil masa sebanyak 1 jam 5 minit.

44 minit pula dihabiskan hasil daripada gangguan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Kita juga mengambil masa 40 minit untuk membawang dengan rakan ofis pada waktu pagi dan sewaktu makan tengahari. Sebanyak 26 minit dihabiskan sehari dengan mencari kerja lain di Jobstreet, Linkedin, Maukerja dan sebagainya.

Secara kasarnya, setiap 3 minit kita akan diganggu dan kita perlukan masa 23 minit untuk fokus kembali.

Haa…sebenarnya berapa jam saja waktu kita yang betul-betul produktif?

Hasil kajian mereka, hanya 2 jam 53 minit saja sepanjang 8 jam waktu pekerjaan.

Sumber: onlinemasters.ohio.edu

Top 10% pekerja dengan produktiviti yang tinggi pula tidak bekerja sepenuhnya 8 jam. Mereka perlukan rehat selama 15-20 minit untuk setiap 52 minit waktu bekerja. Waktu itulah mereka ini ke tandas, buat kopi atau kacau kawan sebelah dan scroll Facebook atau sempat shopping di Shopee, Lazada mahu pun Instagram.

Kalau nak tahu, di Sweden mereka sudah amalkan waktu bekerja yang singkat ini. Hasilnya, doktor dan jururawat di  Sweden lebih gembira dan produktif kerana mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Waktu bekerja yang pendek memberi peluang kepada pekerja beriadah dan melakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga.

Pakar ekonomi dari British, John Maynard menjangkakan dengan teknologi yang semakin canggih, waktu bekerja semakin singkat dan boleh dilakukan di mana saja. Dan pada tahun 2030, pekerja akan mempunyai lebih banyak masa terluang.

Mengikut The Verge, Microsoft Jepun baru saja melaksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi. Jualan bagi setiap pekerja juga meningkat 40% jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Dalam tempoh percubaan tersebut, mereka juga mengurangkan waktu meeting kepada hanya 30 minit sahaja, pengurangan penggunaan elektrik sebanyak 23% dan menggunakan kertas untuk fotokopi yang berkurang sebanyak 59%.

Adakah Ianya Boleh Dilakukan Di Malaysia?

Bagi mereka yang bekerja secara freelancer atau bekerja sendiri, tiada masalah untuk mengurus waktu mengikut individu. Bagi yang ada majikan, kadang-kadang menjadi kekangan juga sekiranya ia melibatkan hal anak-anak dan keluarga.

Kesimpulannya, kita sendiri kena tingkatkan produktiviti dan berdoalah agar pihak majikan dapat mengamalkan waktu kerja yang lebih singkat.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu



Source link