Artikel Terkini

Kita Sebenarnya Beli Barang Bukan Dengan Duit, Tetapi Dengan Masa


“The price of anything is the amount of life you exchange for it.

Henry David Thoreau

Mesti kita terkejut dengan kenyataan di atas. Kerana selama ini kita ingat bahawa kita membeli atau membayar untuk sesuatu dengan wang ringgit. Tetapi kita sebenarnya membayar dengan masa kita.

Bila kita melihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa kita. Maka betullah pepatah “Masa itu emas”.

Kita ambil contoh gaji rakyat Malaysia untuk lebih mudah faham:

Sumber: Department of Statistics Malaysia

Menurut kajian yang dijalankan Jabatan Statistik Malaysia, purata pendapatan rakyat Malaysia adalah sebanyak RM2,308. Dan secara purata, kita bekerja selama 40 jam seminggu atau 160 jam sebulan untuk mendapatkan gaji sebanyak itu.

Maka gaji purata sejam rakyat Malaysia adalah:
RM2,308 sebulan / 160 jam = RM14.43 sejam

Sekarang dah tahu berapa kadar gaji sejam, jom kita tengok beberapa contoh perbelanjaan yang biasa buat semua orang:

1. Secawan kopi Starbucks atau satu set makanan ringan (fast food):
RM15 = 1 jam kita bekerja

2. Telefon pintar Samsung Galaxy Note 10:
RM3,000 = 207 jam atau sebulan lebih kita bekerja

3. Perodua Bezza 1.0G:
RM36,580 = 2,534 jam atau 15 bulan lebih kita bekerja

Tapi itu kalau semua duit gaji kita dibelanjakan untuk beli barang. Takkan duit gaji kita tak usik langsung? Duit untuk barang dapur? Duit makan minum kat tempat kerja? Instalment bulanan rumah? Duit nak pergi bercuti?

Sebab mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute pula, mereka yang bergaji di bawah RM2,000 – hanya ada baki RM76 untuk dibuat simpanan setiap bulan.

Bila kita pecahkan perbelanjaan kita kepada kadar gaji sejam, baru kita nampak berapa besar nilainya berbanding dengan pendapatan kita.

Semoga kita lebih menghargai usaha kita berpenat lelah setiap hari bekerja demi sesuap nasi, agar tidak dibelanjakan sesuka hati.

Sumber Rujukan: https://www.becomingminimalist.com/we-dont-buy-things-with-money-we-buy-them-with-hours-from-our-life/



Source link