Artikel Terkini

Klasifikasi Generasi Dan Kepentingan Mereka Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Dunia


Setiap generasi manusia mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Untuk artikel kali ini, kita akan mengupas tentang ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah generasi dan kepentingan mereka terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Secara asasnya, manusia pada zaman sekarang terbahagi kepada 5 generasi utama yang dimulai dengan Silent Generation sehingga sekarang iaitu generasi digital.

Teori generasi ini mula diperkenalkan oleh dua orang ahli sosiologi dan falsafah Eropah yang berasal dari Jerman iaitu Karl Mannheim dan José Ortega y Gasset dari Sepanyol. Mereka berdua merupakan manusia terawal yang membukukan klasifikasi generasi manusia pada era 1920-an sehingga 30-an dan kemudian dikembangkan oleh beberapa orang ahli sociologist yang lain sehingga ke hari ini.

Di antara kepentingan untuk mengklasifikasi generasi ini adalah bagi mengenal ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu generasi daripada segi kehidupan mereka dibesarkan, pendedahan terhadap teknologi dan sumbangan mereka terhadap perkembangan ekonomi dunia.

1. Silent Generation

Generasi pertama yang dikenali sebagai Silent Generation atau Traditionalist lahir pada tahun 1920-an sehingga 1945. Generasi ini dikenali sebagai Silent Generation disebabkan generasi mereka tidak begitu menonjol berbanding dengan generasi yang lain.

Generasi ini merupakan generasi yang lahir ketika era The Great Depression dan juga era perang dunia kedua. Mereka mengalami kesukaran ketika zaman remaja mereka dan disebabkan itulah, mereka merupakan generasi yang sangat rajin.

Silent Generation merupakan generasi yang paling setia kepada majikan mereka berbanding generasi yang lain.

2. Baby Boomers

Generasi kedua pula dikenali sebagai generasi Baby Boomers yang lahir di antara tahun 1946 sehingga 1964. Mereka digelar sebagai generasi Baby Boomers disebabkan pada waktu itu kerana kadar kelahiran bayi meningkat dengan mendadak.

Mereka merupakan generasi yang mengalami perubahan teknologi pada peringkat pertama dan perkembangan media massa yang baru bermula. Mereka juga merupakan golongan yang paling kaya di dunia pada ketika ini.

3. Gen-X

Generasi ketiga adalah Gen-X yang lahir di antara tahun 1965 sehingga tahun 1976. Mereka dikenali sebagai generasi pertengahan daripada segala aspek.

Daripada segi teknologi, mereka dikenali sebagai generasi hybrid di mana penggunaan teknologi di dalam hidup mereka adalah sederhana. Mereka juga merupakan pekerja yang paling optimum dalam syarikat iaitu paling senang untuk berkerjasama.

Gen-X juga merupakan generasi yang paling mengutamakan keseimbangan di dalam pekerjaan dan kehidupan atau work-life balance.

4. Gen-Y

Generasi yang keempat iaitu Gen-Y juga dikenali sebagai generasi milenial. Buat masa ini, generasi ini merupakan generasi yang terpenting di dalam pertumbuhan ekonomi dunia kerana pasaran dunia pekerjaan dipenuhi oleh generasi ini.

Generasi ini mempunyai ciri-ciri yang unik berbanding dengan generasi yang sebelumnya. Generasi ini merupakan generasi penyewa, iaitu banyak di antara kalangan generasi ini tidak mempunyai rumah sendiri.

Gen-Y juga merupakan generasi yang paling pintar dan mempunyai tahap pelajaran yang paling tinggi di kalangan semua generasi. Namun, Gen-Y merupakan generasi yang paling tidak setia kepada majikan.

5. Gen-Z

Generasi yang terakhir adalah Gen-Z atau dikenali sebagai generasi digital. Generasi ini lahir di antara tahun 1995 sehingga tahun 2010. Generasi ini merupakan generasi yang menikmati segala kemudahan teknologi internet yang berkembang pesat pada era mereka.

Generasi ini merupakan generasi yang banyak bersosial di dalam alam maya berbading dengan alam nyata. Mereka juga generasi yang independent (tidak bergantung kepada ibu bapa), self confident dan autonomous.

Sumber Rujukan:



Source link