Artikel Terkini

Konsep Urban Jungle+Scandinavian Buat Apartmen Sempit Ni Kelihatan Luas Dan Segar


Rumah sewa besar atau kecil, tetap perlu dihias indah. Baru lah rumah yang di diamai menjadi “rumahku, syurgaku”. Menyingkap akaun Instagram Edgar Santos atau mesra dikenali dengan nama Ed, IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi yang disampaikan.

Menggabungkan konsep Scandinavian dengan cetusan urban jungle, kediaman jejaka yang terletak di Belo Horizonte, Brazil ini kelihatan ceria dan segar. Walaupun apartmen yang disawa bersaiz kompak, pemilihan perabot dan padanan rona yang tepat menjadikan ia kelihatan sempurna.

Pemilihan vibrasi rona yang berani tidak kelihatan terlalu dominan apabila di seimbangkan dengan warna asas putih dan cetusan aura hijau dari indoor plant yang terdapat di setiap inci kediaman ini. Tambahan, Ed menjadikan cetusan rona vibrasi dalam gaya yang tersendiri dan unik

Menurut Ed, inspirasi tercetus dari hasil kerja arkitek tersohor Mauricio Arruda dan pereka Paulo Biacchi. Kebanyakkan tanaman indoor yang digunakan di dalam kediaman ini adalah dari iklim tropika antaranya pokok kelapa, peperomia, kaktus, pepakis dan pelbagai lagi.





Source link