Uncategorized

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 1


Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat telah menyaksikan pelbagai dasar berkaitan perumahan dilaksanakan kerajaan pemerintah bagi memacu pembangunan serta meningkatkan ekonomi negara melalui industri perumahan.

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 2

Imej : Forum Lowyat

Fasa awal dasar perumahan negara sekitar tahun 1957 hingga 1965 menyaksikan unit kediaman atau rumah yang dibina hanyalah pada skala yang kecil sahaja. Purata rumah yang dibina setiap tahun adalah sekitar 826 unit sahaja.

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 3

Namun bermula tahun 1967 hingga 1969, semakin banyak unit kediaman telah dibina bagi mengatasi masalah kemiskinan. Dalam tempoh ini sebanyak 15,175 unit rumah kos rendah telah dibangunkan kerajaan melalui Housing Cash Programme.

Dari tahun 1970 hingga 1985 pula, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu dengan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan serta meningkatkan pendapatan rakyat.

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 4

Pada tempoh ini, sebanyak 121,855 unit Perumahan Awam Kos Rendah telah dibina di seluruh negara dengan harga jualan tidak melebihi RM25,000. Bukan itu sahaja, pada tempoh ini juga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah ditubuhkan.

Fasa ketiga dasar perumahan negara pada tempoh 1986 hingga 1997 pula sudah mula berevolusi ke arah perumahan yang berfokuskan pasaran. Ini kerana, kerajaan ketika itu telah mengikut saranan Bank Dunia yang menggalakkan dasar pasaran terbuka. Sebanyak 3.7 juta unit rumah dan 1.2 juta rumah kos rendah telah dibina oleh pihak pemaju swasta.

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 5

Seterusnya, industri perumahan negara turut melalui fasa penstrukturan setinggan di mana pada tempoh 1998 hingga 2016 sebanyak 102,630 unit rumah PPR telah dibina. Rumah PPR dijual pada harga sekitar RM35,000 atau boleh disewa dengan harga bulanan serendah RM124.

Bermula tahun 2012, dasar perumahan yang diterapkan kerajaan adalah lebih tertumpu kepada konsep perumahan mampu milik dengan sasaran utama adalah untuk golongan yag berpendapatan RM2,500 hingga RM7,500.

Pelbagai rumah mampu milik seperti PR1MA, RUMAWIP, RMMJ dan Rumah Selangorku telah diperkenalkan kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup setiap rakyat.

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 6

Apabila berlakunya peralihan kerajaan persekutuan yang baharu, dasar mengutamakan rakyat masih jelas diterapkan oleh pihak KPKT melalui pengenalan Dasar Perumahan Negara bagi tempoh 2018 hingga 2025.

“Tahukah anda tagline “Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”, menyatakan matlamat utama mereka adalah untuk menjana habitat yang mampan, berdaya huni, berkualiti dan inklusif yang mampu dimiliki oleh rakyat.”

Bagi mencapai matlamat ini, beberapa cabaran utama dalam pasaran perumahan telah digariskan oleh pihak kerajaan yang perlu ditangani.

Kronologi Dasar Perumahan Negara 1957 – Kini 7

Antara isu dan cabaran pasaran perumahan yang dihadapi Malaysia pada hari ini ialah ketidakmampuan membeli rumah mengikut pasaran; ketidaksepadanan penawaran dan permintaan rumah; industri perumahan yang tidak berinovasi; serta ketiadaan sistem bersepadu untuk memastikan kesepadanan penawaran dan permintaan.

Terdapat lima fokus utama yang mahu dicapai melalui Dasar Perumahan Negara yang terbaru ini iaitu memastikan perumahan berkualiti untuk semua rakyat; menambahbaik aksesibiliti dan tahap kemampuan memiliki rumah; memastikan kejiranan yang berkualiti dan kohesif; menambahbaik koordinasi antara pembangunan perumahan dan pengangkutan; serta memperkukuh keupayaan institusi.

Melalui beberapa pelan tindakan serta strategi yang telah dirangka oleh pihak KPKT, majoriti rakyat pada hari ini dilihat menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan supaya masalah pemilikan rumah dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Sekiranya kualiti kehidupan rakyat berjaya ditambahbaik, ianya juga sudah pasti akan menguntungkan negara kerana melalui kualiti kehidupan yang lebih baik, produktiviti setiap rakyat juga akan bertambah dan ini sekaligus akan meningkatkan lagi ekonomi negara di masa hadapan.





Source link