Uncategorized

KTMB sedia tren tambahan sempena Aidiladha



KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan dua unit tren elektrik (ETS) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Stesen Butterworth sempena Hari Raya Aidiladha, bermula 16 Julai ini.

Menurut KTMB, penambahan itu melibatkan tren ETS 9120 dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Butterworth dan tren ETS 9107 bagi destinasi sebaliknya.

“Turut diumumkan, perubahan jadual melibatkan waktu pengoperasian ETS sehingga 31 Oktober.

“Perubahan melibatkan waktu berlepas dan ketibaan tren untuk memastikan perkhidmatan ETS tidak terjejas ekoran pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang sedang dijalankan,” kata KTMB dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa tiket bagi jadual baharu akan mula dijual pada 2 Julai ini bermula 10 pagi.

Justeru, KTMB menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan jadual perjalanan melalui laman sesawang www.ktmb.com.my, Facebook KTM Berhad, Instagram ktmbofficial, Twitter @ktm_berhad atau Pusat Panggilan KTMB di 03-22661200.

— BERNAMA





Source link