Uncategorized

Kuih raya manakah paling laris dan popular?

Kuih raya manakah paling laris dan popular? 1



Kuih raya manakah paling laris dan popular? 2

BERAPA balang biskut raya anda tahun ini? Adakah jenis tradisional atau moden?
 
Pendek kata, biskut raya sememangnya perkara wajib tiap kali tiba Aidilfitri. 
 
Namun tahukah anda apakah kuih raya paling popular tahun lepas?
 
Menurut Pengurus Huzaifah Cookies Cawangan Bayam, biskut raya yang mengungguli carta teratas adalah tart nenas!
 
Biarpun statistik ini tidak mewakili penjual di seluruh Malaysia, namun ia sedikit sebanyak memberi gambaran awal terhadap pilihan paling popular.’
 
Bagi Huzaifah sendiri, dia sudah menghasilkan 200,000 biji tart nenas sepanjang bulan ini bagi memenuhi permintaan pelanggan. Apa yang lebih menarik, tart nenas menewaskan 40 biskut lain yang turut dijual sama.
 
“Walaupun ada 40 jenis biskut raya dijual, tetapi masih tidak mampu mengalahkan permintaan tart nenas gulung” katanya kepada Bernama.
 
Kesemua jualan Huzaifah Cookies diedarkan kepada pemborong termasuk  dari Sabah, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang. Sumber Gambar: Oyorooms
 





Source link