Uncategorized

KWSP Bakal Cecah RM1 Trilion Lagi Setahun Dua

KWSP Bakal Cecah RM1 Trilion Lagi Setahun Dua 1


Katanya simpanan dalam KWSP bakal mencecah RM1 trilion dalam tahun 2020 atau 2021. Ianya meningkat dengan ketara sekali, daripada nilai RM344.6 bilion yang dicatatkan pada tahun 2008.

KWSP Bakal Cecah RM1 Trilion Lagi Setahun Dua 2

Sumber: The Edge Markets

Ini berdasarkan pertumbuhan caruman daripada ahli yang meningkat pada kadar 9.3% setiap tahun, sehingga mencecah paras RM839.6 bilion pada penghujung 2018. Memang tunggu masa saja nak cecah angka RM1 trilion ni.

Bakal Cecah RM2 Trilion Pada Tahun 2028

Berdasarkan kira-kira yang dijalankan, simpanan dalam KWSP ni bakal mencecah paras RM2 trilion pula dalam masa tak sampai 10 tahun. Ini berdasarkan caruman yang diperolehi daripada ahli-ahli KWSP sebanyak RM1 ke RM2 bilion setiap bulan, selepas ditolak pengeluaran.

Untuk rekod, pada tahun 2018 KWSP mencatatkan sumbangan sebanyak RM71.5 bilion dan pengeluaran sebanyak RM47.6 bilion. Banyak tu!

Sumber: The Edge Markets

Habis Tu Kenapa KWSP Katanya Nak Tutup?

KWSP Bakal Cecah RM1 Trilion Lagi Setahun Dua 3

Caruman orang ramai meningkat sampai nak cecah RM1 trilion dalam masa setahun dua lagi, tapi dah kenapa KWSP katanya nak tutup?

CEO KWSP sendiri yang mengeluarkan kenyataan ini pada persidangan Invest Malaysia 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini:

“Lebih membimbangkan apabila lebih 15 juta tenaga kerja di negara ini akan mencapai usia persaraan tidak lama lagi, malah Malaysia juga dijangka mencapai status negara tua pada 2030.

“Menjelang tempoh itu, terdapat kemungkinan pencarum ini mengeluarkan simpanan mereka pada jumlah yang besar. Ini bermakna KWSP bakal berdepan situasi di mana kita tidak mempunyai tunai untuk menyokong aktiviti pengeluaran berkenaan.

Tidak mustahil, satu hari nanti KWSP juga tidak akan wujud lagi – Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias

Boleh baca selanjutnya mengenai topik ini di Kalau Ditakdirkan KWSP Tiada, Apa Kita Nak Buat?

5 Fakta Membimbangkan Mengenai Simpanan KWSP:

  1. Pada tahun 2017, KWSP telah menaikkan sasaran simpanan minima pada umur 55 tahun kepada RM228,000 daripada RM197,000. Namun, hanya 18% daripada pencarum KWSP mencapai sasaran tersebut berbanding 50% yang disasarkan oleh KWSP menjelang tahun 2021.
  2. 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
  3. Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
  4. Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
  5. 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.

Apa lagi pilihan kita selain daripada KWSP untuk dijadikan sebagai tabung persaraan?

KWSP Bakal Cecah RM1 Trilion Lagi Setahun Dua 4

Komen

komen





Source link