Uncategorized

KYRA, Koleksi Mampu Milik oleh Sime Darby Property

KYRA, Koleksi Mampu Milik oleh Sime Darby Property 1


Memiliki unit kediaman atau rumah sudah pasti menjadi idaman setiap orang. Jika anda tanya sesiapa pun, pasti mereka akan mengatakan pemilikan rumah adalah salah satu impian yang mahu dipenuhi dalam kehidupan mereka.

Memiliki rumah memang satu impian tapi masalahnya senang ke nak beli rumah? Dengan harga yang tinggi, lokasi yang tak sepadan dengan harga dan isu keselamatan lagi. Pening kepala!

Kali ini kami akan kongsikan dengan semua pembaca satu kawasan perumahan yang menurut kami sangat berbaloi untuk dibeli.

Pendek kata, kami nak bantu anda semua memenuhi impian memiliki rumah bukan biasa-biasa tapi rumah idaman yang sangat berbaloi dan sepadan dengan harga!

Ini bukan sembang kedai kopi. Teruskan membaca.

Thumbnail In Phase Park 02 Hires

KYRA adalah satu projek terbaru yang dibangunkan oleh Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja dengan mengambil konsep ‘rumah mampu milik untuk semua’.

Kawasan perumahan yang dijangkakan akan siap sepenuhnya pada Julai 2021 ini menawarkan persekitaran yang dipenuhi kehijauan serta dihubungkan dengan laluan basikal sepanjang 50km.

Kenapa anda perlu beli rumah di KYRA Bandar Bukit Raja? Ada 3 faktor penting yang membuatkan projek perumahan ini menjadi idaman ramai.

Pertamanya projek ini dibina bagi memenuhi keperluan pembeli hari ini yang masih tercari-cari rumah yang berbaloi dan sepadan dengan harga.

Dengan keluasan binaan, lokasi serta kemudahan yang ditawarkan, KYRA Bandar Bukit Raja ini sememangnya sangat berbaloi untuk dibeli.

A1 Corner Final 01 Min

Kedua, sistem kawalan keselamatan di sini juga adalah sangat tinggi. Dengan pengenalan sistem ‘satu jalan masuk dan keluar’, ia akan menambahkan lagi sistem sekuriti bagi komuniti penduduk setempat dan membuatkan anda tidak perlu risau dengan keselamatan rumah sekiranya ingin berjalan jauh.

Dan yang ketiga, rumah bagi projek KYRA ini dibina dengan keluasan yang sangat ideal untuk memberi keselesaan yang maksimum kepada setiap keluarga yang mendiaminya.

Lokasi Strategik

Dah bosan dengar semua pemaju cakap benda sama? Asyik ulang perkataan lokasi strategik tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa.

Pertama sekali, Bandar Bukit Raja merupakan antara bandar dengan konsep perbandaran baru yang terawal dibangunkan di Klang pada tahun 2002.

Bagi yang pertama kali mendengar atau tahu akan kewujudan bandar ini, lokasinya adalah berdekatan dengan Taman Klang Utama, Pekan Meru, Bandar Setia Alam dan juga Shah Alam. Malah, perjalanan ke Kuala Lumpur juga hanya 35km sahaja. 

KYRA, Koleksi Mampu Milik oleh Sime Darby Property 2

Banyak akses laluan lebuh raya yang terus menghubungkan Bandar Bukit Raja dan di daerah sekitarnya. Antara lebuhraya yang tersedia adalah seperti berikut:

  1. Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)
  2. New Klang Valley Expressway (NKVE)
  3. West Coast Expressway (WCE) + SHAPADU Highway (Akan Datang)

Kalau perjalanan dari arah Utara, akses paling mudah adalah Lebuhraya PLUS terus menuju ke NKVE dan susur keluar di Bandar Bukit Raja. Begitu juga kalau dari Lebuhraya Persekutuan, ambil exit Bukit Raja dan menuju ke Meru.

Kemudahan & Fasiliti Serba Lengkap

Tidak lengkap sesebuah bandar itu jika kemudahan serta fasiliti yang ditawarkan berada pada tahap yang rendah.

Seperti Bandar Bukit Raja ini, ia sememangnya layak digelar sebagai bandar serba lengkap kerana segala kemudahan dan fasiliti adalah cukup tersedia untuk penduduknya.

Sebagai contoh, jika anda mahu membeli belah, terdapat beberapa pilihan utama yang tersedia seperti Setia City Mall, AEON Bukit Raja, Klang Sentral dan Klang Parade.

Image result for setia city mall

Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang masih di bangku sekolah, anda boleh menarik nafas lega kerana terdapat beberapa sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah yang berdekatan dengan Bandar Bukit Raja.

Antaranya ialah SK & SMK Klang Utama serta SK & SMK Setia Alam. Bagi mereka yang mahukan anak bersekolah di sekolah swasta pula, di sini terdapat Tenby International School yang sememangnya diketahui sebagai antara sekolah swasta yang berprestij di dalam negara.

Image result for bandar bukit raja

Kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan juga adalah sangat mudah.

Sebagai contoh, Columbia Asia Hospital tersedia betul-betul berhadapan dengan pintu gerbang Bandar Bukit Raja. Hospital ini adalah serba lengkap dengan tawaran perkhidmatan yang berkelas dunia.

Buat mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan secara swasta pula, jangan gusar kerana di sini juga terdapat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang hanya terletak sekitar 11km dari Bandar Bukit Raja.

Rumah Impian Pada Harga Mampu Milik

Bagi projek KYRA ini, pihak Sime Darby Property bakal menyiapkan 194 unit rumah teres dua tingkat menjelang Julai 2021 untuk direbut oleh pembeli-pembeli di luar sana.

Dengan keluasan binaan sekitar 1512 hingga 1702 kaki persegi, setiap unit ini akan dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan juga 3 bilik air.

Aerial Final 01 Min

A Intermediate Final 01 Min

Dengan inspirasi rekaan moden Tudor dan Gable, rumah projek KYRA ini adalah berstatus pegangan bebas ini kini dibuka untuk jualan bermula daripada harga RM563,888.

Kyra Banner





Source link