Artikel Terkini

LAKSANA pantau pelaksanaan projek kecil dan bank – Mustapa

41451982818 MustapaMohamed - LAKSANA pantau pelaksanaan projek kecil dan bank - Mustapa



71451982825 MustapaMohamed - LAKSANA pantau pelaksanaan projek kecil dan bank - Mustapa

KUALA LUMPUR: Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) akan memantau pelaksanaan projek-projek kecil dan bank-bank terlibat bagi memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) mencapai sasarannya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, laporan LAKSANA itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada setiap minggu.

“Mengenai penyampaian projek-projek dan bank, di Kementerian Kewangan kita ada LAKSANA. LAKSANA akan pantau. Perdana Menteri akan beri dua laporan,iaitu pertama ialah status pelaksanaan projek-projek kecil.

“Pakej pertama ialah RM2 bilion. Pakej yang diumumkan Perdana Menteri yang baharu ini RM2 bilion. Jadi jumlah RM4 bilion, contoh seperti projek cat bangunan, surau, sekolah dan sebagainya. Maka ia akan dipantau LAKSANA setiap minggu di MOF, dan laporan seminggu sekali oleh Perdana Menteri,” katanya semasa Program Bicara Naratif yang disiarkan RTM pada Sabtu.

Katanya secara umumnya, ramai yang memberi sokongan kepada Pakej PRIHATIN.

“Secara umumnya ramai yang menerima baik pakej PRIHATIN. Antaranya CUEPACS, yang menyatakan baik untuk kakitangan kerajaan, MTUC pula mengatakan sebut bahawa ia baik untuk pekerja,” katanya lagi.

Namun, beliau mengakui ada juga pihak yang skeptikal dengan pengumuman pakej berkenaan.

Apa yang penting katanya beban yang dihadapi ketika ini ditanggung bersama baik di pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak bank terutamanya.

“Baik negeri pembangkang juga, tiada isu politik. Kita kena lupakan semua. Seperti Perdana Menteri cakap kita tak sempurna.

“Kita menghargai semua pandangan. Namun kita harap jangan ada yang pusing-pusing dan sebarkan berita palsu. Harap pihak berkenaan akan ambil tindakan,” ujar beliau.

Sementara itu, hampir kesemua sektor akan menerima kesan kegawatan ekonomi susulan krisis COVID-19.

Katanya, sektor pelancongan adalah industri yang paling teruk terjejas.

“Kesannya memang sepanjang tahun ini kita akan rasa gawat. Kita ada bercakap dengan pihak industri hotel di Majlis Tindakan Ekonomi, kita jumpa Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga mereka yang dalam peruncitan. Semua mengeluh dan kita telah bentangkan kertas Majlis Tindakan Ekonomi.

“Jadi hampir kesemua sektor akan terkesan kecuali mungkin pertanian. Itu pun kadang-kadang kilang tak beroperasi sepenuhnya. Paling teruk sekarang ialah pelancongan. Pelancongan dari luar negara sifar sekarang. Kalau tahun lepas pelancong 2 juta setahun, sekarang Mac hingga April kosong. Jadi pada pandangan saya tahun ini amat mencabar,” tambahnya.

Justeru, melalui pelbagai langkah dilakukan, beliau menjangkakan tanda-tanda pemulihan ekonomi mungkin berlaku pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.





Source link

Related Posts