Uncategorized

Lakukan 9 Perkara Ini Sebelum Nak Beli Bon atau Sukuk


Kalau sebelum ini kami ada kongsikan berkenaan Apa Itu Bon atau Sukuk?, kali ini kami ada beberapa tips bagi mereka yang berminat nak beli bon atau sukuk ini.

Tips-tips untuk membeli bon atau sukuk yang dicadangkan oleh Financial Industry Regulatory Authority (FINRA) adalah seperti berikut:

1. Tidak Mengharapkan Pulangan Yang Paling Tinggi (Highest Yield)

Menurut FINRA, ini merupakan kesilapan pelabur yang terbesar dalam pembelian bon. Perlu diingatkan bahawa satu tawaran yang memberikan pulangan tinggi adalah lebih berisiko daripada bon biasa.

Memberikan pulangan yang tinggi adalah satu strategi untuk menarik lebih ramai pelabur. Jangan mudah tertipu kerana bon jenis ini biasanya mempunyai kualiti kredit yang lebih rendah.

2. Buatlah Kajian

Kalau anda sedang baca mengenai topik ini, tahniah. Teruskan membaca buku-buku dan artikel mengenai pelaburan bon atau sukuk ini. Cuba baca komen pakar mengenainya.

Biasakan diri juga dengan matematik dan pengiraan di sebalik pelaburan ini. Kita juga perlu baca dan faham kenyataan berkenaan penawaran sesuatu bon atau sukuk.

3. Tentukan Objektif

Apakah objektif kita melabur ke dalam bon atau sukuk? Adakah anda berharap untuk mempunyai wang yang cukup untuk anak-anak? Atau adakah ianya untuk mendapat pulangan yang stabil untuk bersara nanti?

Tentukan matlamat kewangan dengan jelas sebelum mengambil keputusan untuk melabur dalam mana-mana instrumen pelaburan.

4. Risiko Ada Di Mana-Mana

Pertimbangkan berapa banyak risiko yang kita mampu hadapi. Bon atau sukuk yang berbeza dan dana yang berbeza hadir dengan risiko yang berbeza.

Jika pembeliannya merungsingkan sehingga kita tidak boleh tidur lena pada waktu  malam, maka sudah tentu ianya tidak berbaloi.

5. Fahami Kos Yang Terlibat

Memahami semua kos yang berkaitan dengan membeli dan menjual bon atau sukuk. Dapatkan penerangan bagaimana firma broker mengenakan caj dan bagaimana broker mendapatkan ganjaran untuk setiap urus niaga yang dijalankan termasuk komisen, mark-up atau mark-down.

6. Merancang Untuk Melabur Semula

Ini membolehkan kuasa pengkompaunan (the power of compounding) untuk bekerja untuk kita. Ia adalah idea yang baik untuk mewujudkan satu “akaun” sebelum kita mula menerima hasil pelaburan, supaya kita mempunyai tempat untuk menyimpan wang dan tidak terdorong untuk membelanjakannya.

Jika kita membeli dana bon atau sukuk, kita tidak perlu bimbang tentang ini kerana dana tersebut akan melakukannya untuk kita.

7. Jangan Memasakan Pasaran

Kita perlu mengelakkan spekulasi terhadap kadar faedah. Jangan membuat keputusan terlalu kerap dan membuat andaian samada kadar akan anak atau turun pada masa hadapan.

Sebaliknya, berpegang kepada strategi pelaburan yang terbaik bagi membantu anda mencapai matlamat dan objektif anda. Sepertimana yang kita tahu, pasaran ada pasang surutnya. Yang penting adalah kita konsisten dalam pelaburan.

8. Sentiasa Bertanyakan Ejen Atau Broker

Tanya kepada broker bila dan pada harga bon atau sukuk tersebut terakhir diniagakan. Ini akan memberikan kita maklumat berkenaan kecairan (bon atau sukuk cair mungkin tidak tersenarai untuk tempoh yang lama) dan daya saing mengenai harga yang ditawarkan oleh firma.

9. Baca Prospektus Dengan Teliti

Jika kita sedang mempertimbangkan untuk membeli dana bon atau sukuk, bacalah prospektus dengan teliti. Beri perhatian khusus kepada bahagian-bahagian yang membincangkan dana bon atau sukuk tersebut.

Sebagai contoh, tidak semua bon dalam dana bon kerajaan adalah bon kerajaan. Juga, beri perhatian kepada yuran yang dikenakan. Bon individu juga mempunyai prospektus, dokumen undang-undang yang menentukan perjanjian antara pembeli bon dan penjual bon.

Minta broker satu salinan prospektus atau indentur untuk kita baca sebelum melabur ke dalamnya.

Komen

komen





Source link