Artikel Terkini

Langkah Mudah Untuk Ganti Timbol Pintu Rosak


Apa yang anda lakukan apabila tombol pintu anda rosak? Nak dibiarkan, bahaya pula. Nak diganti tak reti. Terpaksalah upah orang untuk ganti. Tapi, upah nak meamsang pun boleh tahan mahal. Malhal tombol pintu harga tak sampai RM 20.

Jom kita lihat tutorial ganti tombol pintu yang disediakan oleh Ariff Fadzlie Mohtar. Barang-barang yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.

LANGKAH 1
Tekan dawai kecil yang terjojol pada tapak tombol dengan menggunakan kepingan besi macam kunci yang terdapat di dalam kotak tombol baru dan tarik tombol bulat keluar

LANGKAH 2
Tanggalkan tapak cover tombol dan skru

LANGKAH 3
Tanggalkan tombol lagi sebelah dan semua bahagian

LANGKAH 4
Ulang langkah 1 pada tombol baru. Tanggalkan satu tombol dan tapak tombol

LANGKAH 5
Langkah ini rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).

Pastikan tombol cangkuk kemas dan kukuh. Jika tidak, tombol tidak boleh dipulas

LANGKAH 6
Skrukan penutup atau tapak tombol dan pasangkan balik tombol. DAH SIAP!

 



Source link