Uncategorized

Langkah Mudah ‘Upcycle’ Kerusi Besi Lama Menjadi Baru!

Langkah Mudah 'Upcycle' Kerusi Besi Lama Menjadi Baru! 1


Jangan buang dulu! Barangan lama yang sudah buruk jangan disangka tiada harga. Dengan kos yang rendah dan sedikit kreativiti, anda boleh mengubah apa jua alatan menjadi berharga. Cuba sendiri dan lihat transformasi kerusi besi dengan cat yang sudah tertanggal ini bertukar menjadi sebuah kerusi comel dan ceria.

+ ANDA PERLUKAN
Kerusi besi lama
Kertas Pasir
Primer
Masking tape atau painters tape
Cat pelbagai warna
Berus cat
Spray polycrylic

+ MASA/ KOS
3 Jam 30 minit/ RM50

Langkah Mudah 'Upcycle' Kerusi Besi Lama Menjadi Baru! 2

+ LANGKAH-LANGKAH
1. Gunakan kertas pasir untuk buang sisa cat dan karat yang masih melekat pada kerusi lama tersebut. Pastikan permukaan kerusi rata dan tidak terlalu kasar.
2. Kemudian lap kerusidengan kain basah untuk hilangkan segala kotoran dan habuk.
3. Spray kerusi tadi dengan spray putih dan tunggu sehingga kerusi betul-betul kering (lebih kurang 1 jam)
4. Ambil masking tape dan tampal pada kerusi mengikut corak dan design yang anda suka. Lakukan secara berperingkat dan mengikut bahagian.
5. Berikan masa 20 minit untuk cat kering sebelum anda mula mengecat pada bahagian seterusnya.
6. Anda juga boleh tambahkan cat emas pada hujung kaki kerusi untuk efek yang lebih elegan.
7. Akhir sekali, selepas cat kering, ambil spray polyacrylic dan spray pada seluruh bahagian kerusi sebagai lapisan perlindungan dan agar cat tahan lebih lama.
8. Biarkan kering selama sejam sebelum guna. Selamat mencuba!

Langkah Mudah 'Upcycle' Kerusi Besi Lama Menjadi Baru! 3



Source link