Artikel Terkini

Lanjutan moratorium bakal manfaat Makcik Kiah, Pak Salleh, Encik Lee, Puan Rani – PM



PUTRAJAYA: Tempoh moratorium yang bakal berakhir pada 30 September akan dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar di Putrajaya pada Rabu.

1. Lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus mendapat manfaat moratorium bayaran pinjaman bernilai RM 38.3 billion.

2. 243,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam mendapat manfaat moratorium bernilai RM20.7 billion.

3. Jumlah peminjam meneruskan bayaran ansuran pinjaman tanpa mengambil moratorium meningkat daripada 331,000 kepada 601,000 peminjam.

4. Individu kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baru akan menikmati moratorium lanjutan bersasar selama tiga bulan.

5. Individu masih bekerja tetapi gaji terjejas akibat COVID-19 boleh mendapatkan bayaran ansuran bulanan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji selama tmepoh enam bulan.

6. Peminjam individu, PKS boleh membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan bayaran balik bulanan.

7. Bank boleh memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

8. Pinjaman sewa beli pula institusi perbankan akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran bersesuaian Akta Sewa beli.

9. Langkah ini akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS.

10. Peminjam yang layak boleh berhubung dengan institusi perbankan masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini.





Source link

Related Posts